Ahad, 8 Julai 2012

UMNO : BERPISAH TIADA DENGAN RASUAH


Pada hari ini (Sabtu, 7hb Julai 2012) saya telah menghadiri satu seminar yang dinamakan MTPI Era Globalisasi 1 Gasasan yang diadakan di Dewan Besar 1 PSPN Marang. Program tersebut telah dihadiri oleh 300 orang guru Pendidikan Islam dari seluruh Daerah Kuala Terengganu.

Antara agendanya ialah ucapan utama oleh Yang Berbahagia Dato’ Hj. Zainal Abidin Abd. Kadir, Pengarah Bahagian Tajdid PERKIM Kebangsaan, yang juga merupakan bekas pengetua saya di Kolej Islam Kelang seingat saya semasa saya berada di Tingkatan 4 dan 5 (1980/1981).



Ucapannya berkisar mengenai salah faham terhadap Islam yang diterajui oleh Barat dan Yahudi. Antara ayat yang dibacanya ialah;


وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ


yang bermaksud; "Tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikuti jejak langkah mereka"

Beliau juga memberikan takrifan tentang negara Islam. Beliau mentakrifkan negara Islam sebenarnya merupakan sebuah negara yang pemerintahnya adalah orang Islam.

Setahu saya, negara Islam adalah negara yang ciri utamanya ialah negara yang diperintahkan berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah, seperti mana yang terdapat di dalam sukatan Tasawwur Islam yang saya ajarkan kepada murid-murid saya di Tingkatan 4.

Sedih juga saya melihat Ustaz Zainal yang masih sihat itu menyembunyikan ilmunya. Mengapa jadi begitu? Saya tidak pasti dan rasanya tuan-tuan boleh menjawabnya dengan sendiri.

Slot kedua pula merupakan pembentangan kertas kerja oleh Prof. Dr. Idris Zahari, seorang pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM. Semasa saya di UKM, saya juga mengenalinya sebagai penyokong kuat UMNO.

Tajuk kertas kerjanya ialah  Islam Liberal : Bahaya dan Cabarannya kepada Umat Islam di Malaysia. Menurutnya, Islam Liberal berasal dari Indonesia yang diasaskan oleh bijak pandai Islam yang berpendidikan Barat. Dan ianya memang jelas sesat lagi menyesatkan.

Kemudian beliau mengaitkan sokongan Anwar Ibrahim terhadap Islam Liberal ini dengan menjadikan satu kenyataan Anwar di London konon menjadi buktinya.
Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk menulis dalam slot-slot di muzakarah ini, tetapi saya ingin memberitahu pada akhir program ini, guru-guru agama telah diberikan satu sampul surat berwarna putih.

Apakah isinya? Apabila saya membuka sampul surat tersebut, terlihat dua keping duit kertas bernilai RM 5. Ya Allah! Agak terkejut juga saya. Adakah ini nilainya khidmat guru agama? Mengapakah diberi wang sebanyak RM 10? Adakah upah mendengar ceramah UMNO?

Pada saya, ini merupakan salah satu bentuk penghinaan yang paling dahsyat sepanjang 23 tahun saya menjawat jawatan sebagai seorang pendidik. Saya berasa sangat kesal, sedih dan sangat terhina.

Mengapakah UMNO begitu terdesak, memaksa kami mengikuti programnya? Kalaulah program tersebut benar-benar mempunyai nilai-nilai ilmu, bukan tujuannya untuk berpolitik, tentunya tiada upah RM10!

Guru Siswazah
Kuala Terengganu

nota:  Dalam muzakarah pun kasi rasuah, ada dia kesah dosa ke apa.....
          ini lah umno dulu, kini, dan selamanya.....


4 ulasan:

  1. Jangan pulok 300 guru agama itu ikut sama sesat dalam rimba fikiran pecacai UMNGOK tuh.

    Siapa tak kenal,
    Mereka cai UMNGOK sejak dahaulu.

    Sekadar nostalgia perkongsian sejarah dan fakta.

    Pada zaman dia mengetuai sebuah institusi perguruan, masa tuh lah para pelatih institusi jagaannya itu 'berdemontrasi aman' bagi mendesak dan mempercepatkan kewujudan sebuah institusi perguruan yang khusus berperanan melatih guru-guru pendidikan Islam.

    Aku rasa ramai guru agama masih ingat peristiwa awal 80'an itu.

    Sebelum penyertaan DSAI ke dalam UMNO guru-guru pelatih yang bakal bergelar ustaz/ustazah ditendang ke sana kemari menumpang institusi perguruan yang tertentu di sekitar KL masa tu. Al-Hasilnya itulah institusi perguruan Islam yang tersergam di Bangi tuh. Canggih. Al-Hamdulillah.

    Tak perlu dinyatakan jasa DSAI mengerakkan pewujudan institusi yang berorentasikan Islam. Beliaulah pelopornya. Yang lain tumpang nama sahaja.

    Kini mereka seperti cuba menista DSAI pula. Apa jasa mereka..? Hanya tukang pecacai sahaja. Mereka tak rasa berdosa ke terhadap DSAI yang ketika itu merekalah penyanjongnya semasa DSAI masih dalam kerajaan...? Apa sahaja yang dilafazkan DSAI OK belaka masa tuh.

    Hanya setelah DSAI meneruskan perjuangan kenegaraan bangsa dan agamanya melalui wadah PKR dalam Pakatan Rakyat dan sebagai Ketua Pembangkang pula dalam parlimen barulah cai-cai berkenaan itu menunjuk lebih pandai dan islamik...?

    Hakikatnya mereka yang gagal dan tak reti membaca dan mentafsir kata-kata dan kenyataan seorang ahli politik secerdik dan sepenting DSAI.

    DEMI PERIUK NASI MEREKA SANGGUP JADI CAI.

    Kepimpinan UMNO/BN yang mereka pertahankan dan perjuangkan itu wali-wali belaka ke..? Jangan sampai maksud ayat Al-Quran yang dibaca tuh menimpa batang hidung sendiri. Ada mata tapi buta.

    Sejak DSAI ditendang dari UMNO, apa perubahan khususnya berkaitan peningkatan syiar Islam oleh UMNO...?

    .....Ada telinga tapi pekak. Ada mulut tapi bisu.... - Al-Baqarah.

    Berkat perjuangan dan susah payah DSAI menempoh gelora nista dan fitnah rakan-rakan lama dalam UMNO, hingga terpenjara, perjuangan PAS dan DAP turut mendapat nafas baru hingga pertama kali UMNO/BN rasa tercabar dan risau jika kehilangan kuasa selepas PRU-13 nanti ditangan gagasan beliau iaitu Pakatan Rakyat. Suara rakyat suara keramat. Itulah hakikatnya yang mereka sembunyikan dan tak mampu nak akui.

    Hidup DSAI. Hidup Pakatan Rakyat. PRU-13,ABU, Asal Bukan Umno.

    BalasPadam
  2. t.kasih untuk komen yg bernas anda.....

    BalasPadam
  3. Dapat duit eh!!
    Gua punya claim rasmi dari Januari hingga kini, sekupang pun tak dapat lagi.
    Mampuihh cam ni.

    BalasPadam
  4. try lah mitol time dekat nk mengundi ni..biasa nya dapat..
    heheh..

    BalasPadam