Khamis, 18 Disember 2014

Peringatan Di Sebalik 5 Jari



Manusia diciptakan oleh Allah swtmempunyai 5 jari tangan kanan dan 5 jari di tangan kiri...jika diamati dan difikirkan dengan akal fikiran yang diberi,kita akan mendapati terdapat peringatan disebaliknya...Jom kita baca....:) bermula dari jari kelingking

1.Jari kelingking
kecil dan kerdil...Lambang seorang manusia yang bermula dari kecil...saat ini mengingatkan kita pada usia kanak-kanak yang mentah dan perli dibimbing...bagai kata pepatah 'melentur buluh biar daripada rebungnya'...

2.Jari manis
Manisnya jari ini apabila tersarung sebentuk cincin...ini melambangkan kehidupan manusia apabila masuk ke alam remaja...di sebalik kemanisanya,tersimpan cabaran dan dugaan...Juga,telah dipertanggungjawabkan segala amalan yang wajib...ketika itu diperingatkan kepada kita untuk 'amal makruf nahi mungkar' dengan sebenar-benarnya...

Sabtu, 6 Disember 2014

Kurt Cobain Tertarik Mempelajari Islam?



Kurt Cobain adalah lagenda dalam dunia muzik dunia. Muzik grunge yang diciptakannya hanya dengan tiga chords dengan lirik yang ringkas namun dia tegas menyuarakan anti-kemapanan dan juga menghapuskan dominasi muzik pop Michael Jackson selama 20 tahun. Pada tahun 1990, Jacko mengeluarkan album Dangerous namun jualannya jauh di bawah jangkaan kerana Nirvana, kumpulan muzik Kurt bersama Dave Grohl dan Chirs Novoselic dengan album Nevermind menyapu semua yang ada ketika itu.


Kurt juga salah seorang tokoh yang menjadi idola dan inspirasi untuk peminatnya. Kurt yang terkenal dengan kalimat "if I die, I'LL go to heaven cos in my life I live in hell," ketika bunuh diri, ia diikuti beberapa orang peminat fanatiknya.

Isnin, 22 September 2014

10 Peperangan Amerika yang Di mulakan Dengan Pembohongan



Jika diteliti, setiap peperangan yang tercetus sentiasa didahului oleh pembohongan besar-besaran oleh media-media yang berpengaruh. Sejarah lalu membuktikan Amerika Syarikat telah mengancam Venezuela dan Ecuador. Esok, mungkin Iran. Dan selepas itu, yang akan datang, siapa pula.
Media akhbar arus perdana mencerminkan kempen propaganda untuk perang Amerika Syarikat yang akan datang. Mari kita imbas tentang kisah berapa kali Amerika Syarikat dan talibarut media yang sama telah dimanipulasikan. Setiap perang yang tercetus adalah satu dari hasil penipuan besar-besaran. Berikut di bawah senarai pendek pembohongan besar oleh media berkaitan peperangan.

Sabtu, 20 September 2014

Akhir Zaman: Hujan Tetapi Tidak Menumbuhkan Tumbuhan

Keadaan banjir yang melanda pantai timur semenanjung yang melibatkan Pahang, Terengganu dan Kelantan banyak melibatkan kerugian harta-benda. Banjir yang melanda kali ini merupakan yang terburuk pernah di alami di negara ini kerana ia melibatkan kawasan yang luas. 

Antara tanda-tanda akhir zaman ialah turunnya hujan yang merosakkan rumah-rumah kediaman. Rasulullah s.a.w telah memberi amaran akan banyaknya berlaku kejadian banjir dan hujan lebat yang memusnahkan pada akhir zaman.

Hujan yang menyebabkan rumah tidak dapat menahannya

Selasa, 13 Mei 2014

Misteri Sungai Euphrat

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Kiamat tidak akan terjadi sehingga sungai Euphrat surut menyibakkan gunung emas, di atasnya orang-orang berperang, sehingga dari setiap seratus orang akan terbunuh sembilan puluh sembilan. Setiap orang dari mereka berkata, "Mudah-mudahan, akulah orang yang selamat itu." [HR. Bukhari dan Muslim]

Dalam sebuah hadis disebutkan, "Hampir tiba masanya, sungai Euphrat surut mendedahkan pembendaharaan emas. Siapa yang menghadirinya, janganlah mengambilnya sedikitpun. "[HR. Bukhari dan Muslim]

Ubay bin Ka'ab: "Hampir tiba masanya, sungai Euphrat surut mendedahkan gunung emas. Jika orang-orang mendengar hal itu, mereka berjalan ke sana. Maka orang-orang yang ada di sana mengatakan, "Jika kita membiarkan orang-orang mengambilinya, mereka pasti akan mengambil seluruhnya," Beliau bersabda, "Maka, mereka bertempur di atasnya, sehingga setiap seratus orang terbunuh sembilan puluh sembilan." [HR. Muslim]

Rabu, 16 April 2014

Kisah ulama jahat


TAFSIR AYAT 175 HINGGA 177 SURAH AL A’RAAF

175. Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang Yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang Yang sesat.

176. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
177. Amatlah buruknya bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.

Ahad, 6 April 2014

Ciri-ciri Lelaki Dayus yang Tidak Dapat Menghidu Bau Syurga



SOALAN: Ramai lelaki kurang faham erti dayus dengan jelas. Apakah makna perkataan dan perbuatan yang menjuruskan perlakuan tersebut?

Jawapan: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang ALLAH tidak akan lihat (bermakna tiada bantuan daripada dikenakan azab) mereka pada hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus.” (Riwayat Ahmad dan Al-Nasaie)

Dayus disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadis yang lain iaitu daripada Ammar bin Yasir berkata, dia mendengar daripada Rasulullah SAW berkata: “Tiga golongan yang tidak akan memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak.” Lalu sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus?” Berkata Nabi: “Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya).” (Riwayat Al-Tabrani)