Selasa, 28 Ogos 2012

Syaitan: Dr Haron Din sanggah Dr Mahadhir

SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkawan dengan syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali'.

Bagi beliau, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka.

Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.

Sabtu, 18 Ogos 2012

Jangan Pilih Orang Fasik Jadi Pemimpin

gambar hiasan
BARANGKALI, tidak lama lagi akan berlangsunglah pilihan raya umum ke-13. Begitulah jangkaan umum berdasarkan pelbagai perkembangan semasa. Pilihan raya umum juga adalah medan untuk memilih pemimpin - daripada Perdana Menteri yang memimpin negara hinggalah ke Menteri Besar yang memimpin negeri. Jika tersilap pilih, kita dan negara akan menanggung bahananya.

Tentulah kita umat Islam yang menjadi majoriti penduduk Malaysia tidak mahu dipimpin oleh orang yang tidak beriman apatah lagi orang fasik dan munafik yang akhirnya akan menjadi gunting dalam lipatan yang menjahanamkan negara.

Seseorang yang beriman, agamanya adalah Islam kerana inilah agama yang Allah redai setelah agama-agama lain menyimpang daripada landasan tauhid. Maka pilihlah seorang pemimpin yang bukan sahaja mengaku beragama Islam, tetapi mengamalkan cara hidup Islam.

Pengertian Kafir Harbi

Dalam melaksanakan amar makruf nahi munkar ramai sungguh yang bersemangat mahu menuduh seseorang yang kafir itu sebagai kafir harbi dan ramai yang penakut itu mengecop semua kafir yang ada di dunia ini kafir zimmi... Apa sebenarnya semua ini menurut ajaran Islam? Ayuh sama-sama kita renung-renungkan penjelasan di bawah semoga kita tidak lagi mengotorkan kesucian Islam dengan kejahilan diri. InsyaALLAH semoga kita diselamatkanNya.

Orang kafir di dalam syari'at Islam terbahagi kepada empat jenis atau empat kumpulan, di mana keempat-empat golongan ini dinyatakan secara jelas di dalam surah at Taubah :

1. Kafir zimmi atau zimmah, adalah kafir yang membayar jizyah (ufti) yang dipungut setiap tahun sebagai imbalan untuk membolehkan mereka tinggal di negeri kaum muslimin (dengan aman). Kafir seperti ini tidak boleh dianiaya dan apalagi dibunuh selama dia masih mentaati/mematuhi peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas mereka.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Malam Raya

Hari Raya atau eid bermakna kembali. Jadi, Aidilfitri bermaksud kita kembali kepada fitrah asal manusia iaitu suci sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w," Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci).Maka ibu bapanyalah yang meng'Yahudi'kan,atau meng'Nasrani'kan atau me'Majusi'kannya."

Dalam keseronokan berhari raya, jangan kita lupa bahawa sambutan Aidilfitri juga adalah ibadat. Justeru, beberapa amalan sunat perlu diutamakan di sebalik kesibukan menukar langsir baru atau memenuhkan meja makan dengan pelbagai juadah.

Bertakbir

Pada malam hari raya, hendaknya ia diisi dengan amalan bertakbir. Biar tangan sibuk bekerja merebus ketupat dan masak rendang tetapi lidah kita sentiasa basah dengan lafaz takbir. Takbir bagi menyatakan kesyukuran kepada Allah.

Selamat HariRaya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin


Rabu, 15 Ogos 2012

Lima Belas Bukti Keimanan

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku.

 Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini?" Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. 

Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?"

Tanya Rasulullah s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?" Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah s.w.t., percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah s.w.t. yang baik mahupun yang buruk."

Selasa, 14 Ogos 2012

ISU AIR SELANGOR: Noh Patut Desak Muhyidin Letak Jawatan

SHAH ALAM: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sepatutnya mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sekiranya rundingan penstrukturan air di Negeri Selangor gagal diselesaikan selewat-lewatnya September ini. Ini kerana, Timbalan Perdana Menteri adalah Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Isu-isu Air di Selangor dan jawatankuasa tersebut baru-baru ini membenarkan penstrukturan air diteruskan oleh Kerajaan Selangor dengan syarat perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Sehubungan itu, Kerajaan Selangor telah menubuhkan Jawatankuasa Khas yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi untuk menyelesaikan pengambilalihan ini selewat-lewatnya September ini.

Isnin, 13 Ogos 2012

Mahkamah Tolak Saman Umno Selangor Terhadap Harakah

SHAH ALAM:Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membuat keputusan menolak saman yang dibuat oleh Umno Selangor berhubung penerbitan satu artikel dalam akhbar Harakah yang didakwa memfitnah parti itu.

Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin membuat keputusan tersebut setelah meneliti peruntukan yang terkandung di dalam Seksyen 9C Akta Pertubuhan.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang mengatakan, hanya penama yang dimasukkan dalam daftar pertubuhan sahaja berhak menyaman atau disaman oleh mana-mana pihak terhadap pertubuhan berkenaan.

Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Datuk Abdul Rauf Jusof, Setiausaha Kerja Umno Pusat iaitu penjawat awam Umno
adalah penama yang berdaftar sebagai pendaftar pertubuhan dan hanya beliau yang berhak membuat pendakwaan.

Ahad, 12 Ogos 2012

5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat !!!

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

Sejarah Warna Kiswah Kaabah, Dari Merah,Putih,Hijau,Kuning Dan Akhirnya Hitam

Pada ka'bah kita sering melihat adanya Kiswah (kain / selimut hitam penutup Kaabah). Tujuan dari pemasangan kain itu adalah untuk melindungi dinding ka'bah dari kotoran, debu, dan panas yang boleh membuatnya menjadi rosak. Selain itu kiswah juga berfungsi sebagai hiasan ka'bah.

Menurut sejarah, Kaabah sudah diberi kiswah sejak zaman Nabi Ismail AS, putra Nabi Ibrahim AS. Namun tidak ada catatan yang menyatakan kiswah pada zaman Nabi Ismail diperbuat daripada apa dan berwarna apa. Baru pada masa kepemimpinan Raja Himyar Asad Abu Bakr dari Yaman, disebutkan kiswah yang melindungi Kaabah diperbuat daripada kain tenunan.

Polisi Raja Himyar untuk memasang kiswah sesuai dengan tradisi Arab yang berkembang sejak zaman Ismail as diikuti oleh para penerusnya. Pada masa Qusay bin Kilab, salah seorang leluhur Nabi Muhammad yang terkemuka, pemasangan kiswah pada Kaabah menjadi tanggung jawab masyarakat Arab dari suku Quraisy.

Sabtu, 11 Ogos 2012

PANAS!!! Adakah Pemimpin Umno Akan Menukar Identiti Jika Kalah PRU13?

Seandainya BN kalah  PRU13 nanti,tentu ramai pemimpin umno akan menukar edentiti kerana takut di buru.Adakah mereka akan menukar imej seperti di bawah?

mungkin nama akan di tukar kepada 'Syeikh Muazzir'

VERY HOT!!! Najib Tolong Jawab, Betul Ke Syarikat Judi Terlibat Dalam Saham FGVH??

KUALA LUMPUR: PAS memohon penjelasan kerajaan berhubung maklumat yang mengatakan syarikat Genting Bhd pernah menguasai 12 peratus saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) dengan pegangan sebanyak 407, 005,000 unit melalui peruntukan khas.

AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata apa yang lebih memeranjatkan laporan Bloomberg Peers menyebut bahawa, urusniaga FGVH antara 16 Julai hingga 9 Ogos, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAM) telah membeli saham Genting tersebut.

Shabery,Baik Lu Letak Jawatan, Habis Cerita

Timbalan Presiden Lumba Basikal Kebangsaan Naim Ahmad telah mengambil tanggungjawab atas kegagalan pelumba negara dalam mendapat sebarang pingat di Sukan Olimpik London. Dalam kenyataannya kepada media beliau berkata sedia untuk berundur dan memberi peluang kepada orang lain untuk memimpin persatuan berkenaan. Bagus.

Khamis, 9 Ogos 2012

NAJIB, JANJI DITEPATI: Tolong Bayar Royalti Sekarang Untuk Buktikan Kau Tak cakap Kosong

Isu pembayaran royalti minyak negeri Kelantan menjadikan banyak pihak merasakan yang UMNO sedang bermain silap mata lagi. Mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang telah ditandatangani oleh Petronas dan kerajaan negeri Kelantan pada bulan Mei 1975 yang lalu amat jelas. Tindakan Najib mengumumkan penubuhan jawatankuasa untuk meneliti pembayaran royalti itu adalah satu taktik yang boleh dibaca oleh banyak pihak dengan mudah.

Tengku Razaleigh telah mempersoalkan penubuhan jawatankuasa itu dan menganggap penubuhan jawatankuasa itu sebagai tindakan dolak dalik kerajaan Persekutuan terhadap rakyat negeri Kelantan. Jawatankuasa itu ditubuhkan seolah-olah masih belum ada tata-cara untuk membayarnya sedangkan semuanya itu telah pun di sempurnakan dengan perjanjian yang telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak pada bulan Mei 1975 yang lalu.

'Fatwa' Utusan: Hancurnya Impian 1Malaysia Najib


KUALA LUMPUR: DAP menyifatkan berita muka hadapan Utusan Malaysia semalam yang bertajuk “Haram sokong DAP” sebagai perbuatan terdesak Umno untuk membangkitkan kebencian orang Melayu terhadap DAP.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, laporan berita Utusan tersebut sebagai “lolongan keterlaluan”, dan mencerminkan Utusan sebagai akhbar anti-nasional dan anti-Malaysia.

“Adakah Utusan Malaysia cuba untuk menghasut dan mengapi-apikan konflik agama di Malaysia?” soal beliau.

Katanya, isunya bukan siapa yang mengeluarkan kenyataan tersebut tetapi ia melibatkan tanggungjawab dan etika sebuah akhbar yang dimiliki pemerintah boleh menerbitkan fitnah sedemikian rupa.

Rabu, 8 Ogos 2012

UBAH: Lagu tema kempen DAP PRU13.Saksikan Nurul Izzah menyanyi


UMNO YANG PELIK: Bina Hospital Dia Kritik, Jual Tanah Melayu Dia DiAm

GEORGE TOWN, 7 OGOS: Barisan Nasional telah menimbulkan perasaan benci dan permusuhan di kalangan rakyat Pulau Pinang dengan permainan politik perkauman ekstremis yang menyemarakkan sentimen perkauman dan agama, termasuk dalam soal pembinaan sebuah hospital.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata, Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow telah membuat fitnah terhadap kepimpinan negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung usaha membina hospital tersebut di Jalan Zainal Abidin di sini.

Selasa, 7 Ogos 2012

NAJIB, Tolong lah Jelaskan, Rakyat Nak Tau ni. Tolong lah !!!!

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan wajar membuat penjelasan rasmi terhadap tatacara penganugerahan tender projek tambahan LRT Aliran Ampang yang bernilai RM955,840,000.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berpandangan penjelasan itu untuk dinilai oleh rakyat dan seterusnya kepada penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi mendengar pandangan pakar dan suara rakyat selaku pihak berkepentingan utama (key stakeholder) di dalam projek infrastruktur mega tersebut.

Naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss (gambar)menyatakan demikian merujuk kepada laporan akhbar The Edge bertarikh 6 Ogos lalu yang berkongsi kerisauan yang dibangkitkan beberapa pakar dan profesional industri pembinaan terhadap tatacara penganugerahan kontrak dan sub-kontrak yang dipraktikkan oleh kerajaan Malaysia.

Isnin, 6 Ogos 2012

Mengenang Wanita-Wanita Solehah

Sejarah hidup para wanita solehah dalam Islam sudah tercatat dalam Al Quran dan Hadis, marilah kita sama-sama menghayati sejarah hidup mereka agar kita termasuk dalam golongan penyumbang perjuangan Islam.

Siti Hajar duduk setahun dua tahun di padang pasir, di tinggalkan suami, suami datang sesekali, kemudian namanya dicipta untuk al-Quran sepanjang zaman.Tidak mungkin kita tidak mahu seperti cerita Siti Hajar ini. Tidak mahukah kita dengan apa yang dikatakan di dalam al Quran? Apakah kita masih mahukan suami kita ada bersama tiap-tiap hari dengan kita. Tidak sanggup kalau suami kita setahun sekali baru datang. Siti Hajar sanggup menciptakan keajaiban, menjadi wanita yang ditinggalkan oleh suami hanya berjumpa setahun sekali. Tetapi ditangannyalah keluar air zam-zam, dialah menghidupkan bandar Kaa’bah Makatulmukarromah. Mukjizat kepimpinan dan didikan dari suaminya iaitu Nabi Ibrahim.

ISU ROYALTI: Ayah Berjanji, Anak Khianati

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar)mencadangkan supaya tindakan kerajaan Umno mengkhianati perjanjian menjadi isu utama perbincangan mengenai royalti minyak kepada negeri Kelantan.

"Pada 12 Disember 1975, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein telah berjanji di dalam Parlimen membayar royalti dalam bentuk tunai sebanyak lima peratus kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri lain yang mengeluarkian hasil minyak.

"Perjanjian juga dibuat dengan Petronas pada tahun yang sama di mana Petronas memberi komitmen untuk membayar royalti tunai sebanyak lima peratus setahun bagi hasil minyak yang ditemui di di kawasan pantai Kelantan dan pesisirnya di mana perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sabtu, 4 Ogos 2012

Najib Hantar Surat Minta Wakil Bincang Royalti



KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.
Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya, Rosdi Mohamad.

Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.

Beliau juga turut memaklumkan berita ini dalam tazkirah Subuh yang disampaikan beliau sebaik sahaja selesai solat Subuh di Masjid Pulau Melaka, bersebelahan rumahnya pagi ini.
Kelantan sejak sekian lama memperjuangkan agar Petronas membayar royalti minyak kepadanya berdasarkan telaga minyak yang ada berdekatan dengan pantai Kelantan.

Namun, kerajaan Pusat hanya membayar wang ehsan kepada wakilnya, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang ada di Kelantan dan bukannya kepada kerajaan negeri sebagaimana yang tercatat dalam perjanjian.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Kalau UMNO, Apa Pun Boleh!!!

KUALA LUMPUR- Ketika Umno terus-terusan membuat kenyataan agar jangan menjadikan masjid sebagai gelanggang politik, para pemimpin Umno lah yang membuat aktiviti sedemikian.

Di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor Datuk Idris Abu Bakar berpolitik di dalam Masjid Felda Gedangsa Hulu Selangor.

Beliau menyampaikan sumbangan barangan kepada kumpulan sasarannya di masjid berkenaan dengan memasukkannya dalam beg berlambang dacing, logo BN.

Khamis, 2 Ogos 2012

TERPANAS !!! Kerajaan Gugur Rayuan, Ramli Dapat Ganjaran RM753,000

Pihak pendakwa telah menarik balik rayuannya berhubung saman terhadap bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Datuk Ramli Yusuff di Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

Berikutan ini, kerajaan telah bersetuju untuk membayar ganjaran dan pencen Ramli, berjumlah RM753, 000 yang telah ditahan selepas beliau digantung perkhidmatan tiga bulan sebelum dijadualkan bersara pada penghujung tahun 2007.

FGVH: Saham FGVH Jatuh Kepada RM5 Seunit Hari Ini

KUALA LUMPUR: Harga Saham Felda Global Vanture Holding (FGVH) yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu, terus mencatat penurunan sehingga RM5 seunit jam 1 petang tadi.
Semalam saham FGVH berharga RM5.12 seunit. Saham FGVH mula disenaraikan pada harga RM4.55 seunit, dan pernah mencecah kepada RM5.39 pada hari-hari awal disenaraikan.

FGVH merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook.

Semakin Dekat PRU13, Umno-BN Semakin Pelik!

Malaysia antara negara yasng 'terpelik' abad ini.Semakin dekat pru13, semakin pelik terlampau puak puak umno ni.

Pengumuman demi pengumuman pelik, dibuat oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) dan menjadi bertambah ‘ganjil’ apabila waktu dilihat semakin hampir kepada masa pilihanraya umum kali yang ke 13 diadakan.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, Dr Alias Razak, tiba-tiba Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak mengumumkan satu kajian kemungkinan jalan keretapi Pantai Timur teah siap dilakukan.

Rabu, 1 Ogos 2012

Jurugambar The Star, 'Polis arah saya padam gambar Bersih 3.0'

KUALA LUMPUR: Seorang petugas media memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa beliau terpaksa mengikut arahan polis agar memadamkan gambar yang diambil ketika Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu kerana bimbang keselamatan dirinya.

Jurugambar akhbar The Star, P. Puspanathan, 41, berkata, sekumpulan polis memberi amaran kepadanya agar berhenti mengambil gambar polis yang sedang mengarahkan peserta Bersih 3.0 bersurai di sekitar Masjid Jamek.

"Saya ada bagitahu saya daripada media dan tunjukkan kad media saya tapi polis tidak endah. Mereka mengelilingi saya dan arahkan saya delete semua gambar yang saya ambil.

PANAS !!! NFC: Rafizi, Johari ditahan di bawah Bafia


SHAH ALAM: Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli pagi ini ditahan oleh pihak polis berhubung dengan pendedahan butiran perbankan berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Beliau yang tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam pada jam 9.20 pagi ini menjelaskan pihak polis datang kerumahnya kira-kira jam 6.50 pagi tadi.

"Pihak polis dan juga pegawai Bank Negara datang ke rumah saya pagi ini kira-kira jam 6.50 pagi.