Selasa, 17 Julai 2012

SAYA AKAN SERTAI PAS KALAU SAYA RAKYAT MALAYSIA


KUALA SELANGOR: “Kalau saya rakyat Malaysia nescaya saya menjadi salah seorang ahli Parti PAS,” demikian kata Sheikh Ismail (gambar) Masu’l Tarbiah Bahagian Hubungan Luar Parti Ikhwan Muslimin dari negara Mesir.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya dalam Perhimpunan Hijau menuju ke Putrajaya yang diadakan di Stadium Kuala Selangor malam kelmarin.




Semangat kira-kira lebih 6,000 audien di stadium itu turut dibakar lagi dengan kata-kata semangat tokoh yang mula bangkit menentang pentadbiran kuku besi Hosni Mubarak sejak peringkat awal di Dataran Tahrir lagi.

“Tiada seorang pun dari kami dapat menyangka bahawa kami dapat keluar dari kezaliman ini dan tiada siapa yang menyangka kami mampu untuk bangkit menghadapinya.

“Kami telah bangkit dengan revolusi dan Allah telah membantu kami mencapai kejayaan.

“Jalan menuju perubahan terlalu hampir kepada kita dan kini telah pun sampai ke Timur Tengah dan ia akan sampai ke negara kamu, Insyaallah,” ujarnya lagi.

Selain itu beliau turut memberitahu, sama seperti di negara ini, meskipun beberapa pemimpin Ikhwan Muslim pernah dipenjara ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk menumbangkan rejim Hosni Mubarak.

Sebelum itu, dalam perhimpunan sama, Ahli Jawatankuasa Lajnah Pertanian PAS, Mohamad Maksom Ramli menyerahkan deklarasi pesawah kepada Timbalan Yang Dipertua II PAS Selangor, Iskandar Samad.

Deklarasi tersebut mengandungi janji Pakatan Rakyat yang akan menjaga kebajikan pesawah sekiranya berjaya menawan Putrajaya dan menubuhkan Kerajaan Pusat yang baru.


Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan