Selasa, 17 Julai 2012

PERHATIAN !!! SEKADAR PERINGATAN, 10 SOLAT YANG DI TOLAK


Manusia memang tidak boleh lari dari melakukan perkara2 yang di larang olehNya samaada ianya besar atau kecil.kadang2 walau pun ianya berdosa,kita anggap perkara itu remeh.Sehinggakan bagi masyarakat hari ini tidak memandang berat pun soal itu.contoh yang yang paling ketara ialah perempuan yg tidak menutup aurat.Walaupun ianya merupakan satu dosa yang amat besar,tapi bagi masyarakat hari ini ianya perkara biasa dan tidak menjadi hal.Dimana mana saja kita tengok masih terlalu ramai wanita yang tidak memakai tudung.Malah. seperti mempermain  kan hukum Allah ada yang memakai tudung tetapi memakai seluar dan pakaian ketat yang menampak kan bentuk tubuh.Tidak nampak pelik kan? Kerana ramai yang melakukan nya, perkara itu di anggap biasa dalam masyarakat moden hari ini.
Memang remeh dan nampak temeh, tapi bagi Allah ianya tidak remeh dan temeh.Dosa tetap dosa.Tapi, kenapa kesilapan,kesalahan dan dosa dosa terus kita lakukan? Jawapan nya di bawah.

10 solat yang ditolak


Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t., antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah s.w.t.." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."


Perbaiki lah diri kita andai nya kita tergolong dalam 10 perkara itu.Semoga hari hari yang kita lalui lebih bermakna, lebih ceria, dan lebih berkat setiap kali kita keluar rumah untuk mencari rezeki yang halal....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan