Khamis, 3 Januari 2013

PANAS !!!! Mari tengok balik 'AMANAT HAJI HADI'



Transkripnya :


“Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO,bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah,mengekalkan undang-undang kafir,mengekalkan peraturan jahiliyah.Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'”


Ulasan AJK:

Tidak ada satu pun dari perkataan diatas Tuan guru mengkafir kan umno.Puak2 umno ini memang pakar dalam memutar belitkan sesuatu fakta untuk mengelirukan rakyat.Kerja bodoh puak2 ini akan berterusan lagi sehingga tiba PRU13.

Ketakutan sudah jelas dan nyata bagi puak2 ini menjelang PRU13 yang bakal menumbang kan umno keparat yang melahap harta negara dan rakyat selama memerintah .Ketakutan sudah jelas dan juga nyata bila puak2 ini akan membayang kan apa akan jadi pada mereka bila PR mengambil alih PUTRA JAYA nanti.

Tidak lain dan tidak bukan isu ini dibangkit kan semula ialah untuk mengalih perhatian daripada isu yang lebih besar iaitu  NFC (National Fidlot Corporation), FVGH (Felda Global Venture Holding), Deepak, keculasan di dalam pembelian AES dan kapal yang tidak boleh menyelam (SCORPENE)

Insyaalah kita semua bakal melihat TV3 suku membuat siaran langsung persidangan umno nanti dari penjara sungai buluh!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan