Jumaat, 20 Julai 2012

PRU13: PEMIMPIN BAGAIMANA YANG MESTI DI PILIH OLEH ORANG ISLAM?

“Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah.” Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulullah s.a.w. Pemerintah, pemimpin atau individu yang terdiri daripada pembodek-pembodek, perasuah, guna harta dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama sekali berpandukan syarak dan ucapan Abu Bakar as-Siddiq itu cukup jelas untuk di fahami.

Umat Islam berkewajipan memilih pemimpin mengikut tuntutan syarak yang berpandukan al-Quran dan sunnah di samping pemerintahan juga wajib mendapat restu rakyat dan salah satu contoh yang boleh dijadikan panduan ialah ketika Rasulullah mendirikan kerajaan Islam Madinah termasuk ketika Abu Bakar dilantik menjadi khalifah selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w.
Tidak lama lagi dalam pilihan raya Parlimen akan datang giliran kita memilih pemimpin berpandukan kepada kaedah syara’. Syara’menentukan rakyat memilih pemimpin seperti mana melantik imam di dalam solat jemaah iaitu yang terbaik di kalangan yang sedia ada.
Maksud terbaik ialah bersih dan kuat imannya, lebih bertakwa, lebih pandai hukum Islam dan lebih komited kepada agama Allah, contohnya bagaimana Bani Israil pada zaman dahulu menghendaki pemimpin dan meminta Allah memilih, namun pilihan tersebut iaitu Taalut dibantah mereka kerana calon tersebut tidak berharta.
Lalu Nabi ketika itu menjelaskan bahawa walaupun Taalut tidak berharta tetapi mempunyai ilmu yang tinggi dan akhlak mulia serta berani . Sila rujuk al-Quran surah al-Baqarah ayat 247.
“ Dan berkata Nabi mereka kepada mereka: Sesungguhnya Allah telah mengutus kepada kamu Taalut sebagai raja. Berkata mereka itu: Bagaimanakah dia akan menjadi raja atas kami,sedangkan kami lebih patut menjadi raja daripadanya. Dan dia tidak mempunyai harta yang banyak? Berkata Nabi: Sesungguhnya Allah telah memilih dia di antara kamu serta menambahinya dengan ilmu yang luas dan tubuh yang kuat: dan Allah memberikan kerajaanNya kepada sesiapa yang dikehendakNya dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.”
Dalam pada itu haram memilih individu yang menggunakan harta atau wangnya untuk membeli undian. Juga menabuhi janji projek semasa saat-saat itu maka tercalar akhlaknya. Taatilah pemerintahan bukan bermaksud membuta tuli kepada sesiapa atau mana-mana sahaja pemimpin tetapi yang terbaik di kalangan kamu seperti yang disebut dalam al-Quran.

Nota; Mari lah kita tolak pemimpin yang tidak mampu memimpin isteri dan keluarga nya sendiri sehingga membiarkan isterinya membuka aurat di khalyak, bersalam dan bercium pipi  dengan bukan muhrim dan membiarkan isteri nya boros,sombong dan bongkak.Pemimpin begini tidak tergolong di dalam pemimpin yang  wajib kita pilih mengikut islam.....Seorang pemimpin baik sepatut nya boleh menjadi contoh kepada rakyat sekelian, tapi, kalau pemimpin begini di jadikan contoh, rakyat sekelian akan menjadi hancur !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan