Beliau dan rombongan menjadi tetamu negara Tunisa, sampai di negara itu pada hari ini Jumaat 13 Julai.
Gerakan (parti) an-Nahdah diharamkan semasa pemerintahan Zainal Abidin bin Ali dan ramai pimpinannya samaada disumbat ke dalam penjara atau berada di dalam buangan.
[Gambar; Atas - Presiden PAS menghadiri Mukatamar An-Nahdah, duduk sebaris paling kanan adalah Syeikh Rasheed Ganouchi dan Perdana Menteri Tunisia Hamadi Jamali, Bawah - Muktamar An-Nahdah sedang berlangsung]
Antara pimpinan tertingginya yang berada di dalam buangan ialah Syeikh Rasheed Ghannouchi, beliau adalah rakan karib Dato Seri Presiden dan sentiasa menghadiri persidangan-persidangan antarabangsa bersama.
Selepas kejatuhan Zainal Abidin ben Ali Syeikh Rasheed pulang ke Tunisia bersama pimpinan lain yang disambut oleh ribuan rakyat Tunisia.
Selepas pilihanraya yang diadakan baru-baru ini partinya, Gerakan Nahdah diberikan kepercayaan oleh rakyat dan Setiausaha kepada parti, Hamadi Jebali dipilih menjadi Perdana Menteri.
Muktamar pada kali ini adalah muktamar kali pertama diadakan selepas Gerakan Nahdah memenangi pilihanraya pada 23 oktober 2011 lepas.
Dato Seri Presiden yang juga Ahli Parlimen Marang disambut sebagai tetamu negara dan diberikan penghormatan untuk duduk bersama-sama Syeikh Rasheed Ghannouchi dan Perdana Menteri Tunisia, Hamadi Jebali.
nota: Ulama negara kita di pandang tinggi,di hormati di negara islam yang lain khas nya di timur tengah.Tapi di negara kita mereka di pandang sepi, ilmu mereka di tolak,di hina malah lebih dahsyat di fitnah seperti yang berlaku kepada Tuan Guru Nik Aziz baru 2 ini di mana gambar nya di edit seperti di bawah:
Apa sudah jadi? Tidak takut kah mereka kepada balasan2 Allah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan