Khamis, 12 Julai 2012

Percintaan sebelum kahwin ada lah haram?



Timbul suara-suara orang jahil yang mempertikaikan hukum agama yang mengatakan couple adalah haram. Bagi mereka, couple ini tidak haram sebaliknya sebagai jalan untuk mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi. Itu memang ada benarnya jika anda tidak fikir dalam-dalam. Mengapakah Islam melarang penganutnya untuk bercouple-couple ini?

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:


      “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu
         perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
          

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda:


        “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai 
           zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya.  Zina mata  ialah 
           memandang,   Zina lidah ialah berkata,   Zina hati ialah keinginan
           dan syahwat,  sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti
            atau tidak menuruti.”.. 

Cuba renungkan ini:

        1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan kekasih nya
         2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik
             di dlm rumah atau luar rumah
         3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama
             kekasih nya
         4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki &
             wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
         5. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan
              org yg dicintainya (zina hati)

        yang haram, tetap haram.

Bagaimana ingin mengelakkan semua ini? Ianya dipanggil Ta’aruf. Lihat video sedutan dari Ayat-ayat Cinta ini segalanya jelas telah disampaikan.
 
video



P/s: sudah terang lagi bersuluh. Nak lawan perintah Allah? Berubah sahajalah apa yang kita mampu, insyaallah kita akan selamat dunia dan akhirat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan