Khamis, 12 Julai 2012
ADAKAH JAWATAN MUFTI, KHADI, HAKIM, MENTERI - MENRERI, TUAN GURU, MERUPAKAN JAMINAN BAHAWA MEREKA TIDAK SESAT DAN SELAMAT UNTUK DIIKUTI TANPA RAGU-RAGU?
Jawatan atau gelaran dan ketinggian ilmu yang dimiliki oleh seseorang tidak menjamin bahawa dia tidak sesat dan boleh diikuti tanpa ragu-ragu. Ini kerana semua perkara tersebut bukanlah jaminan mutlak yang boleh menjamin seseorang itu selamat dari melencong keluar dari agama Islam yang sebenar. Oleh itu, Rasulullah saw menasihatkan agar setiap individu mengambil langkah berjaga-jaga dan Islam tidak menyukai taklid(ikutan buta tuli yang tidak berasaskan iman dan ilmu).
Daripada Auf bin Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Ummat Yahudi telah berpecah belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk Syorga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Ummat nasrani telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan , maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk Syorga. Demi Tuhan yang diriku didalam kekuasaannya, ummatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk Syorga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya: Golongan mana yang selamat?. Nabi s.a.w menjawab:Mereka adalah jama’ah”. (golongan ahli sunnah wa al-jamaah). HR.Ibnu Majah
Apa yang perlu kita sedar bahawa setiap kumpulan akan dipimpin oleh mereka yang berilmu. Kerana tanpa ilmu maka kumpulan tersebut pastinya tersungkur di tengah jalan. Jadi bagaimanakah kita ingin pastikan bahawa golongan yang kita ikut itu adalah golongan yang selamat. Kerana setiap golongan mendakwa dirinya adalah golongan yang betul dan selamat?
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Dari Jabir r.a dari Nabi saw baginda bersabda : “Pelajarilah al-Quran dan mohonlah kepada Allah dengan al-Qur’an sebelum al-Quran dipelajari oleh orang-orang yang hendak mencari dunia, sebab al-Quran akan dipelajari oleh tiga jenis orang, iaitu mereka yang mempelajari al-Quran untuk kebanggan, orang mempelajari al-Quran untuk mencari makan dan orang mempelajari serta membaca al-Quran untuk memperolehi kerdhaan Allah”. (menurut Hakim hadis ini hadis sahih).
Sudah tentu bahawa semua yang alim dalam agama akan tergolong dalam salah satu dari tiga golongan yang disebut oleh Rasulullah saw dalam hadis diatas. Amat malanglah jikalau kita menjadi salah seorang pengikut kepada mereka yang mempelajari agama atas dasar untuk mencari kebanggan dunia, atau untuk mencari makan. Dan amat beruntunglah kita jikalau kita menjadi pengikut kepada ulama’ yang semata-mata mencari kerdha’an Allah.
Untuk mengenali ulama’ jahat dan ulamak akhirat kita perlu mengikut petunjuk Allah yang dijelaskan dalam al-Fatihah iaitu kita perlu lurus dan jujur kepada Allah dan kita perlu sentiasa berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Allah dalam surah al-Fatihah iaitu Ya Allah!!! Bimbinglah kami kejalan mereka yang jujur dan ikhlas kepadamu (sirat al-mustaqim) dan jauhilah kami dari jalan mereka yang Engkau benci dan jalan mereka yang sesat. Ingatlah!!!walau setinggi mana ilmu kita dalam agama ianya tidak bermakna sekiranya kita tidak memperolehi bimbingan dan petunjuk dari Allah.
Rasulullah saw memberi peringatan kepada kita tentang mereka yang diangap alim dengan agama bahawa mereka ini boleh jadi tergolong dalam golongan ahli neraka atau ahli syorga.
Dari Abu Malik al-Harits bin ‘Ashim al-Asy’ari r.a dia mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda: “al-Quran itu merupakan bukti (hujjah) menguntungkan kamu(membantu kamu sehingga mengawal dan membawa kamu ke syurga) atau bukti (hujjah) yang bakal mencelakakan kamu (iaitu menjadi musuhmu dan berhujjah melawan kamu sehingga menyeretmu ke neraka). Hadis sahih riwayat Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah.
Mereka yang alim dengan agama tentunya alim dengan al-Quran ini kerana sumber agama Islam ialah al-Quran, sementara hadis adalah penerang kepada al-Quran. Jadi para ulama’ tidak akan terkeluar dari dua golongan yang disebutkan dalam hadis diatas iaitu samada dia tergolong dalam golongan yang dipimpin dan dijaga oleh al-Quran dan membawanya ke syurga atau akan ditentang oleh al-Quran dan diseret ke neraka.
Selanjutnya Rasulullah saw menerangkan kepada kita golongan ulama’ yang bakal diseret ke neraka.
Dari Uqbah bin ‘Amir ra dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: “Ada dua perkara yang saya bimbang terhadap ummatku iaitu al-Quran dan susu. Dengan susu mereka akan mencari makanan yang mewah, mengikut hawa nafsu dan meninggalkan sembahyang. Sedangkan al-Quran nanti akan dipelajari oleh orang-orang munafik dan digunakan untuk berdebat dengan orang mukmin”. (Hadis hasan – sila semak kitab Tahzib at-Tahzib).
Cuba kita teliti hadis diatas kita akan dapati dua perkara yang ditakuti oleh Rasulullah saw yang akan berlaku pada ummat akhir zaman:
1 – Susu
Di akhir zaman ummat Islam sudah menggunakan susu skim. Antara kandungan susu skim ialah whey. Whey ialah cecair lebihan dari proses membuat keju. Dimana pepsin dan renin digunakan untuk membuat keju. Renin adalah diperolehi dari perut anak lembu (adakah dari anak lembu yang disembelih?) sementara itu pepsin pula diambil dari perut anak babi. (sila semak buku bertajuk HALAL HARAM oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
Penggunaan bahan yang diproses dari babi dalam makanan ummat Islam kini semakin meluas oleh sebab itu, tidak menghairankan jika ummat Islam hari ini sudah berperangai dengan perangai babi.
2 – al-quran
Al-Quran pula sudah dipelajari oleh mereka yang ingin mengejar dunia munafik kepada Allah dan digunakan untuk berdebat dengan orang-orang mukmin
Amat malang sekali sekiranya mereka yang berilmu ini adalah munafik yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw lalu dia mendapat gelaran Tuan Guru, Mufti,Hakim dan sebagainya, tentu ramai yang menjadi pengikut dan penyokongnya.
Sebab itu Rasulullah saw menggesa umatnya agar menuntut ilmu sepanjang hidup agar tidak tertipu dengan munafik yang mempelajari agama untuk berdebat atau melawan ulama’ yang sebenar.
Dari Ali bin Abi Talib k.w dia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Pada akhir zaman nanti akan muncul segolongan manusia yang umurnya masih muda(tidak berpengalaman) bodoh impiannya(berbudi rendah). Mereka mengumandangkan Kalam Allah (ayat-ayat al-Quran) (tetapi) mereka keluar dari Islam seperti keluarnya anak panah yang terlepas dari busurnya. Iman mereka tidak melepasi tenggorok mereka. Dimana saja kamu bertemu dengan mereka maka bunuhlah (lawanlah mereka bermati-matian) kerana orang yang membunuh mereka akan memperoleh pahala pada hari kiamat”. Hadis Sahih riwayat al-Bukhari dan Ibnu Majah.
Mereka ini mungkin Tuan Guru, Mufti, Hakim ustaz dan sebagainya. Oleh itu, wajiblah kita mengetahui ciri-ciri ulama’ bertaqwa dan ciri-ciri ulamak dunia(ahli neraka) sebagaimana yang diterangkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan