Dalam SEHARI: Berapa banyak masa kita gunakan untuk agama/perkara yang berfaedah/perkara yang diredhai berbanding perkara yang haram/yang mendatang dosa/yang melalaikan. Jika yang baik itu lebih banyak diamalkan, Alhamdulillah dan tingkatkan. Yang buruk itu berusaha tinggalkannya.
Jadilah orang muda seperti Sayyidina Ali Abi Talib, Usamah, Bilal Rabbah, Zaid bin Tsabit, Talhah, Abu Ubaidah, Khalid Al Walid dan ramai lagi anak-anak muda, para sahabat nabi yang besar jasanya untuk agama.Renungkan makna pesanan baginda Nabi Rasulullah S.A.W
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman yang bermaksud:
"Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu:
Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, TETAPI
Aku lebih cinta ORANG MISKIN yang pemurah
Aku cintakan orang yang merendah diri, TETAPI
Aku lebih cinta ORANG KAYA yang merendah diri
Aku cintakan orang yang bertaubat, TETAPI
Aku lebih cintakan ORANG MUDA yang bertaubat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan