Khamis, 21 Mac 2013

PANAS MELETUP !!! Ini Sebab nya Ramai Yang Datang Ke Program2 Umno



Memang UMNO sudah betul betul nazak.Setiap kali kunjungan pemimpin tertingi umno untuk berkempen menjelang pilihanraya ini pasti akn 'memaksa' rakyat untuk meramaikan jumlah rakyat yang hadir ke program
mereka.Terutamanya kalau yang datang berkempen itu ialah najib dan muhyidin.

Dengan muka tak tahu malu nya,media media2 pencacai umno akan menghebahkan pada rakyat bahaya kunjungan pemimpin umno itu mendapat sambutan 'hangat' dari rakyat.Ini lah yang di katakan menipu diri sendiri.

Jentera jentera kerajaan di gunakan sepenuh nya untuk membantu kempen2 umno dan untuk memeriahkan lagi kedatangan pemimpin2 umno berkempen menghentam parti pembangkang.

Rabu, 20 Mac 2013

Isu Altantuya: Pendedahan tanpa pendakwaan



Memang banyak perkara yang tidak kena dalam isu Altantuya. Rakyat sudah didedah dengan pelbagai pendedahan dari beberapa individu yang mengetahui isu pembunuhan gadis Mongolia tersebut. 

Mendiang Bala dan Deepak telah mendedahkan secara terperinci bagaimana mendiang Bala diarahkan untuk membuat akuan bersumpah kedua yang palsu dengan tujuan menafikan akuan bersumpahnya yang pertama.

Yang terbaru peguam Bala, Americk Sidhu mendedahkan peguam yang menderaf akuan bersumpah kedua Bala iaitu Cecil Abraham telah mengaku kepada Americk bahawa Najib adalah individu yang mengarahkan Cecil menderaf akuan bersumpah palsu Bala yang kedua itu.

Akuan bersumpah Bala yang pertama menurut Bala adalah cerita sebenar tentang pembunuhan Altantuya. Menurut Bala apa yang dinyatakan di dalam akuan bersumpah pertamanya adalah sama dengan keterangannya kepada polis apabila beliau disoal siasat oleh polis dalam kes pembunuhan Altantuya.

Khamis, 7 Mac 2013

PANAS,,,NAJIB,TOLONG JAWAB



Blogger US dah mengaku.. Najib mengapa masih membisu?

Dalam cermah jelajah negara sejak akhir2
ini ,Najib cakap berdegar2,bertempik2 dan menjerit2 mengata pada pembangkang itu.ini.

Tapi bila timbul isu pasal dia,senyap tupah dia tidok berjawab..orang tranu kata dok ketik!!

Najib,jangan lah jadi PM yg memalukan rakyat malaysia..

Sudah terlalu byk isu2 besar tidak berjawab.Apa cerita ni Najib???



Pada minggu lepas, Joshua Trevino, bekas penulis ucapan presiden Amerika Syarikat George W. Bush memfailkan rekod kepada kerajaan AS yang mengesahkan beliau dibayar oleh kerajaan Malaysia menerusi APCO Worldwide di dalam kempen mempromosi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rekod tersebut mendedahkan Trevino dibayar AS$389,724.70 oleh kerajaan Malaysia, parti pemerintah UMNO-BN ataupun kepentingan yang berkaitan.



Bayaran Trevino kepada konco-konconya

Pada Ogos tahun lepas, Trevino dipaksa meletak jawatan sebagai kolumnis di akhbar UK, the Guardian. Ini berikutan beliau tidak mengumumkan peranannya sebagai konsultan kepada FBC Media, di mana beliau menulis memuji tentang ciri-ciri ‘kesederhanaan’ Najib.

Pada 2011, Najib mengakui bahawa kerajaan membayar RM94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010. FBC turut membayar AS$70,000 kepada APCO Worldwide untuk melobi kerajaan AS mewakili pentadbiran Najib. Apabila skandal pembayaran dan pengaturan berita ini didedahkan, BBC dan CNBC menamatkan kontrak FBC kerana melanggar etika kewartawanan.

Ironisnya, ketika UMNO-BN terus-menerus menyerang Anwar sebagai pro-Israel di dalam propaganda dalam negara, Trevino dan konsultan-konsultan lain bekerja keras untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara.

Najib perlu menjawab persoalan-persoalan berikut yang timbul daripada skandal ini:


a) Berapa banyakkah wang rakyat yang dibayar kerajaan kepada konsultan perhubungan awam, khususnya luar negara untuk menulis bahan-bahan anti-Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim?

b) Selain daripada APCO di AS dan FBC di UK, di manakah lagi BN melantik konsultan untuk menyerang pembangkang?

c) Siapakah yang terlibat di dalam perlantikan dan koordinasi konsultan-konsultan ini?

Apakah arahan yang diberikan kepada konsultan-konsultan ini mengenai bahan-bahan berkaitan Anwar Ibrahim memandangkan kebanyakan kerja yang dibuat adalah menyerang Anwar semata-mata?

e) Adakah kerajaan sedar bahawa ramai konsultan yang dilantik terkenal dengan pandangan ekstrem dan anti-Islam mereka, yang menghina Islam, Ikhwanul Muslimin dan umat Islam di Amerika?

f) Adakah kerajaan sedar bahawa konsultan-konsultan yang dilantik adalah penyokong tegar Israel yang menentang hak rakyat Palestin?

Najib mestilah menjawab perkara ini dengan pilihan raya yang bakal tiba. Meskipun Najib terus membelanjakan jutaan ringgit wang rakyat bagi tujuan propaganda dan fitnah, beliau terus menolak gesaan Anwar untuk perbahasan polisi bagi kepentingan rakyat Malaysia.

* Kenyataan Media oleh NIK NAZMI NIK AHMAD, PENGARAH KOMUNIKASI, PARTI KEADILAN RAKYAT*