Walaupun hari mengundi kita belum tahu lagi tarikhnya,tapi yang pasti ianya sudah begitu hampir dengan kita.
Paling lewat pun ialah pada 23 april 2013,parlimen akan di bubarkan.Sekarang para wakil rakyat dah mula start sibuk untuk berkempen,dah mula start balik kempen berjanji itu ini,membuka cerita dongeng sana,dongeng sini ibarat penglipur lara di zaman moden ini.Mana 2 wakil rakyat yang kali terakhir menjejakkan kakinya kekawasan nya adalah 5 tahun lepas,masa ini lah buat muka tebal tak malunya jejak kembali kakinya ke kampung2,kebendang2,ke bukit2 nok mitok tagih simpati lagi dengan rakyat.Yang tak pernah naik motor pun dah sanggup membonceng motor rakyat.Wah,,konon nya dia lah pemimpin berjiwa rakyat.Dengan muka kesian dan poyo nya singgah di warung2 untuk minta simpati supaya supaya mengundinya..Time ini lah juga konon nya nak merasai penderitaan rakyat..woiii..cukup lah nak memperbodoh kan rakyat.Dah 5 tahun rakyat di perbodoh kan..cukup2 lah dengan harta yang ko orang kumpul sejak jadi WAKIL RAKYAT tu.Kasi lah orang lain can pulok....
Kita sebagai rakyat pula cukup2 lah jadi bodoh lagi seperti yang lepas2.Jadilah kita dengar cerita2 dongeng ,merapu lagi.Pikir kan lah demi masa depan anak2 kita,jenerasi kita.Walaupun kita naik basikal buruk sekali pun,time ini lah giliran kita pula nak sombong dengan wakil2 rakyat itu.Ingat,,kerana kita lah yang akan menentukan kedudukan mereka nanti.Jadi,kali ini kita kena lah jadi cerdik pulok.Kalau ada habuan yang dia orang nak bagi,kita kaut saja tapi,jangan undi dia orang lagi.Sudah cukup lah kita lihat kerakusan2 dia orang
sejak dua menjak ini yang tak perlu aku kupas kan lagi kerana ramai yang dah tahu..
Sebelum aku menutup episod ini,ingin aku berpesan sekali lagi kepada rakyat yang miskin sama seperti ku,celik lah mata,buka lah telinga.Tanya lah hati kita dengan seikhlas2 nya apakah kebaikan yang kita dapat selama ini daripada pemimpin2 kita.Buka lah minda kita untuk mendengar,melihat contoh tauladan yang baik apa kah yang telah di tayang kan oleh pemimpin2 atasan kita selain daripada kerakusan,kemewahan,rasuah,tamak dan haloba? Mari lah kita pilih pemimpin2 yang jujur,amanah dan pemimpin yang benar2 berjiwa rakyat.Contoh pemimpin yang baik tidak jauh dari kita semua nun di sebelah sana di kampung pulau melaka yang bernama Tuan Guru Nik Abduk Aziz......Pergi lah melawat nya,kerana aku sudah pergi 2 kali.Dok payoh temu janji pun,kalau dia ada di rumah pasti kita akan di layan sebagai tetamu nya..Ini lah yang di katakan pemimpin yang berjiwa rakyat dan ini lah WAKIL RAKYAT.......
ini lah pemimpin yang berjiwa rakyat
sekian..amin..
- nota: ini ada lah pandangan peribadi aku sebagai rakyat...
Mohon senaraikan blog saya rojakpasembor.blogspot.com .
BalasPadamBlog anak jati telah saya pautkan di blog saya.
Terima kasih yer.
neres boss..ty
Padamberes boss
Padammenarik.. saya akan terus sokong anda....
BalasPadam