Jumaat, 6 Julai 2012

Siapa kah kita di mata pemerintah?

Setelah lima tahun sekali kita sebagai rakyat mengundi untuk memilih pemimpin yang akan memerintah negara kita,dan setelah pemimpin tersebut berjaya menaiki 'takhta'nya,apakah pandangan mereka kepada kita semua sebagai rakyat?Apakah kita sebagai rakyat akan di sanjung,di puji,dan di hormati setelah kerana rakyat semua lah mereka sebagai pemimpin berjaya hidup sebagai wakil rakyat,sebagai ahli parlimen,sebagai menteri dan seterusnya sebagai perdana menteri?Adakah juga mereka semua sedar kedudukan mereka sekarang adalah sebenarnya ehsan daripada rakyat mahren?Jawapannya semua ada dalam hati rakyat semua.Cuma terpulang kepada diri masing2 untuk menterjemahkan nya mengikut citarasa mereka./



Apa yang pasti,kedudukan kita sebagai rakyat tetap sama saja sebelum mengundi dan lepas mengundi.Yang bergaji rm 700 sebulan sebelum mengundi tetap juga rm 700 selepas mengundi.Yang bekerja nelayan tetap dengan pendapatan seperti sebelum nya juga.Yang berubah ketara ialah wakil2 rakyat yang kita pilih semasa mrngundi.Dari yang berpendapatan gaji guru tiba2 apabila menang mendapat gaji yang berhormat.Tidakkah hebat?Dari yang berkereta kecil,tiba2 dapat pakai kereta besar lagi mahal.Bukan kah semua perubahan hidup yang ketara itu kerana kita sebagai rakyat?Berbaloi kah kita? jawapan nya ada lah tidak!!Kita masih sama seperti dulu.malah kehidupan kita semakin hari di himpit oleh kos sara hidup yang senmakin tinggi.barang barang keperluan asas semakin naik tidak pernah turun2 wal;aupun parti yang kita sokong memenangi pilihanraya.Kita sebagai rakyat yang telah memenangklan mereka lah yang merasai keperitan hidup saban hari,Manakala mereka yang dapat kemenangan dari rakyat tidak pernah merasai kesusahan,keperitan rakyat seperti kita.Tiada istilah kos sara hidup yang tinggi kepada mereka kerana segala perbelanjaan kehidupan mereka hari2 adalah rakyat yang menanggung nya!!!betul tak apa yang aku katakan ini??kalau salah,tolong betul kan..Setiap langklah mereka dapat elaun,setiap kali masuk parlimen dapat elaun.Berapa kerapkah mereka datang menjenguk kita selepas menang?berapa banyak kah perubahan di kawasan kita selepas wakil rakyat yang mewakili kita berpakaian kot kemas di parlimen?

Tentu ada yang tersinggung dengan tulisan ini.Tapi ini adalah kebenaran disebalik kita sebagai rakyat yang memenangkan mereka,yang mengkayakan diri mereka..Kita tak dapat apa2.Saban hari kita mendengar rasuah sana,rasuah sini,boros sana boros sini,projrk sana,projek sini.Kita sebagai rakyat dapat apa?Ada sesetengah tempat tu kira beruntung lah kerana ada yg dapat jambatan baru,jalan baru,kulit injin laut baru dan apa2 lah yang baru.Itu memang tidak di nafikan.Tapi berapa kerat rakyat kah yang dapat merasai nya? taukah kita ada sesetengah pemimpinj tu mengaut dulu keuntungan hasil projek dalam kampung kita??.Kerja merekla setela bergelar wakil rakyat hanya lah projek,projek dan projek!!!!

Salah siapa kah semua ini terjadi?Jawapannya mudah..Semua ini ada lah salah kita sebagai rakyat.Kita diberi pilian,tapi kita buat2 bodoh.Kita lupa sejarah 5 tahun lepas,10 tahun lepas,iaitu time 5 tahun sekali kita mengundi,kita masih lg begini,kampung kita tetap juga begini.Tapi kita masih lagi menyokong pemimpin yang tidak amanah,tidak jujur,pembohong dan macam2 lagi perkara yang tidak baik.Walaupun kita tahu dan mendengar segala keburukan mereka,tapi time nak mengundi kita masih lagi percaya janji2 mereka,omong omong kosong mereka hingga terlopong mulut kita kerana terlalu asyik mendengar dongengan mereka...Kita tetap akan menyokong mereka walau pun kita dapat jumpa mereka 5 tahun sekali iaitu waktu berkempen!! ye lah,mereka wakil rakyat,mereka sibuk sangat.Padalal kita tak tau mereka sebenar nya sibuk dengan 'projek' masing2.Bukan nya sibuk pasal urusan adun ataupun parlimen pun....

Memang pahit untuk di telan,tapi itu lah kebenarannya.Duit simpana kita semakin sikit,malah ada yang tiada simpanan langsung seperti aku...heheh...tapi mereaka.pemimpin2 kita?.Dari yang berbaki tinggal RM50 kerana bayar duit penamaan calon, duit simpanan mereka sekarang dah bertambah menjadi RM50,000,RM100,000,RM 500.000 dan banyak lagi yang tidak pernah terfikir oleh kita sebagai rakyat biasa.Kerana siapa mereka pemimpin2 kita jadi kaya sekelip mata begitu? Kerana kita lah juga,kita pangkah mereka juga kerana terlalu berbangga pemimpin beri kita duit BRIM RM 500 setelah memerintah kita selama 50 tahun!!!!!

Cukup2 la tu,..bangun lah,bangkit lah dan celik lah mata luas2.Ada telinga dengar,ada mata lihat.Jangan jadi katak di bawah tempurung lagi.Kita ada akal,jadi gunalah akal kita bauk2,Islam pun telah mengajar kita bagaimana untuk memilih pemimpin yang baik,yang amanah dan yang paling penting pemimpin yang mengamal kan lunas2 islam.Tidak adakah lagi pemimpin sebegitu dalam negara kita? Untuk pengetahuan semua,masih berlambak lagi pemimpin2 seperti yg aku madsud kn tadi.Kalau kurang sedikit pun,yang nyata ianya ada lebih baik dari pada pemimpin yang memerintah sekarang ini..Masih berlambak pemimpun yang zuhud,yang hidup sederhana dalam semua hal.Pemimpin begini lah yang patut kita sokong,yang patut kita utamakan..

bersambung.......



nota: ini ada lah pandangan aku sendiri sebagai seorang rakyat....





4 ulasan:

  1. TAKBIR!!!!ALLHUAKBAR !!!Umat melayu islam perlu bangkit..mmglar perit sikit untuk dapatkan kemenangan dan keadilan..tapi allah dah janji...susah dahulu maka akan ada kesenangan saya sokong pandangan saudara..mmg benar ape yg dituliskan itu...insyalah akan ramai yg sedar..

    BalasPadam
  2. Pendapat sedara tuh ada betulnya. Kita dipaksakan memilih pemimpin berdasarkan parti. Jika yang menawarkan diri atas kredibiliti dan penerimaan secara persendirian akhirnya tak membawa kemana.
    Sebab itu dalam sistem yang begini maka keutamaan kita ialah melihat kewibawaan dan siapa'kepala' parti itu. Dalam parlimen pun apa jua yang parti itu putuskan maka itulah keputusan seluruh anggotanya, walaupun sebenarnya mereka ada pendapat peribadi masing-masing.
    Mengapa tidak berani menyonsang arus..? Hakikatnya mereka mencalonkan diri untuk peribadi emata-mata. Rakyat hanya sandaran dan alat untuk mereka meraih kuasa sahaja.
    Apabila lahir seseorang yang sanggup 'mengemudi' dan menongkah arus' maka mereka terus dianggap musuh kepada negara dan menipudaya rakyat. Hakikatnya puak merekalah yang sedang bercengkerama melebong khazanah negara dan menmanipulasikan rakyat.
    DSAI adalah contoh pemimpin yang sedang berjuang mengembalikan semula kefungsian waki-wakil rakyat sama ada peringkat DUN atau parlimen melalui wadah Parti Keadilan Rakyat yang sedang mengolah satu suara baru rakyat melalui Pakatan Rakyat.
    Ayuh warga yang masih boleh berfikir dan bertanggungjawab. Nantika PRU-13 dengan satu tekad dan nada tindak yang sama serta selarai iaitu menolak UMNO/BN untuk memberikan laluan kepada Pakatan Rakyat membuktikan upaya dan cita mereka mengimarahkan semula negara dan rakyat jelata seluruh negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yerimakasih atas sokongan anda..hidup pakatan rakyat!!!

      Padam