Selasa, 31 Julai 2012

Kenali Abu Laits as- Samarqandi

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Adnan Mansor, Dok Faham Faham Lagi Ke..


Ibupejabat Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Datuk Seri Lajim Ukin mengapa beliau tidak boleh dipecat berikutan pengumuman peletakan semua jawatan dalam Umno dan BN pada 28 Julai lalu.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Lajim perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut dalam tempoh 14 hari untuk dipertimbangkan tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan Umno, lapor Umno Online.

“Umno memandang serius apa yang dilakukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin khususnya dalam pengisytiharan gerakan ‘Pakatan Perubahan Sabah’ (PPS) selain hubungan akrab dengan pakatan pembangkang yang seolah-olah mempersenda kepimpinan dalam Umno,” katanya.

Isnin, 30 Julai 2012

Kerajaan Umno Tidak Serius Menyambut Merdeka?

Kerajaan dilihat tidak serius untuk menyambut sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos yang akan datang.

Selain daripada slogan yang digunakan iaitu 'Janji Ditepati' yang langsung tidak menggambarkan semangat menentang penjajahan dan lebih dilihat sebagai slogan pemerintah menarik sokongan rakyat di dalam PRU ke-13, logo yang dibuat sekadar 'melepaskan batuk di tangga' sahaja.

Lebih memalukan, ia adalah logo yang ditiru daripada pelekat kereta yang telah digunakan semasa sambutan kemerdekaan yang ke-52.

Ahad, 29 Julai 2012

Pakatan Sedia PRU - September, Najib Mungkin Tarik Diri Di Saat Akhir

Pakatan Rakyat sudah pun bersedia untuk menghadapi pilihanraya sekiranya Najib membuat keputusan untuk mengadakannya pada saat-saat akhir pada bulan September kelak walaupun hanya tinggal kurang 2 bulan sahaja lagi untuknya.

“PKR memang OK dengan September kerana kita sudah menjangka ia pada Julai lalu. Tetapi kita lihat sahajalah jika ini hanya satu permainan Najib dan UMNO atau suatu fakta kukuh,” ujar naib presiden PKR, Ahli Parlimen Batu Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Menurut undang-undang, 5 hari berkempun juga sudah cukup sekiranya perlu. Jadi sekiranya Najib benar-benar mahu mengadakan pilihanraya sebelum 16 September, beliau masih boleh menyembunyikan hasratnya sehingga awal September sebelum mengejutkan pihak pembangkang dan orang awam. Kebetulan pula 16 September adalah Hari Malaysia.

Islam Dan Politik - Ulama Dan Pemerintah

Sufyan At Thauri, putera Iraq, seorang ulama yang warak, zuhud dan mempunyai keperibadian dan keberanian untuk menyatakan kebenaran. Kebenaran itu adalah kebenaran dan kebatilan itu adalah kebatilan dan siapa pun dan dari mana pun datangnya.

Ia hidup sezaman dengan Khalifah Harun Ar Rasyid, bahkan Harun adalah sahabat karibnya sebelum memangku jawatan khalifah. Sebagai seorang alim yang sangat zuhud, ia sangat benci kepada Ulama-ulama yang terpengaruh dengan harta benda. (Ulama'us Su' menurut Imam al Ghazali).

Sabtu, 28 Julai 2012

Percubaan Mencuri Jasad Rasulullah

Di masa peperangan antara orang Islam dengan orang-orang kafir Kristian yang dikenali dengan perang Salib dan telah berlangsung sekian lama. Kemenangan dan kekalahan silih berganti pada kedua belah pihak. Umat Islam berjuang dengan habis-habisan menentang musuhnya. Segala kekuatan dikerahkannya. Kerana pada waktu itulah kesempatan yang paling baik untuk memperolehi syahid di medan perang sebagaimana yang diperolehi para sahabat Rasulullah dalam perjuangan menentang orang kafir yang cuba melenyapkan Islam.

Jumaat, 27 Julai 2012

Zunar, jangan Membidas Membuta Tuli Pasal ARTIS Masuk Pas

Apa ke hal saudara Zunar. Dah buang tebiat ke?Sepatutnya kita bersyukur dan berbangga kerana mutakhir ini ramai dah artis yang sedar dan berhijrah kepada kehidupan yang sebenar, kehidupan yang di tuntut oleh agama kita.

Perkembangan yang membanggakan ini seperti dah ramai artis dan selebriti wanita yang memakai tudung membukti kan pilihan yang terbaik dalam kehidupan kita ada lah memilih jalan yang di redhai Allah s.a.w.

Tak perlu lah saudara Zunar nak memperli atau membidas golongan artis yang masuk pas hanya untuk berceramah dan tidak berkarya.

Subhanallah, Dengan Berpuasa Struktur Otak Berubah

Otak merakam aktiviti yang dilakukan secara serentak. Begitu juga dengan aktiviti puasa. Selama satu bulan, tubuh diajak menjalani rutin sahur, menahan diri dari makan, minum, dan seks, kemudian berbuka di petang hari serta menjalankan ibadah Ramadan yang lain.

Berpuasa menjadi sebahagian dari perintah agama. Sementara itu agama dan spiritual merupakan bentuk perilaku manusia yang dikawal otak. Ketua Centre for Neuroscience, Health, and Spirituality (C-NET) Doktor Taufiq Pasiak mengatakan bahawa puasa menjadi latihan mental yang berkaitan dengan sifat otak, yakni neuroplastisitas. "Sel-sel otak dapat mengalami regenerasi dan membentuk hubungan struktur yang baru, salah satunya kerana latihan mental yang terus-menerus," kata Taufik kepada Tempo.

Kerana Najib Menipu Nak Hapuskan ISA, Ramai Kanak Kanak Menderita

gambar hiasan
DALAM keghairahan menjalani ibadah puasa bermula 21 Julai lalu, mungkin suasana yang berbeza dialami keluarga malang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dipisahkan daripada keluarga tersayang.

Tatkala anak-anak lain dijanjikan bapa tersayang, jika berpuasa penuh bakal mendapat ganjaran pelbagai bentuk termasuk wang, baju raya yang lebih dan duit raya, selain memenuhi tuntutan rukun Islam, anak-anak mangsa tahanan ISA setiap tahun terpaksa menjalani ibadah puasa tanpa belaian dan dorongan si ayah.

Jauh sekali untuk menikmati suapan tangan penuh kasih sayang ketua keluarga, malah mungkin makan dan minum mereka sekadar alas perut di kala anak-anak keluarga lain sedang khusyuk menikmati juadah pelbagai aneka di bulan penuh keberkatan.

Khamis, 26 Julai 2012

Najib PM Terakhir BN ??

Sory, gua tidur kejap
Wilfred Bumbering dan Lajim Hj Okin telah menampakkan yang mereka akan keluar dan berpisah dari BN. Perletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran oleh Wilfred memperkuatkan lagi keyakinan yang Timbalan Presiden UPKO itu akan menyertai pilihanraya kali ini sebagai salah seorang calon Pakatan Rakyat. Tindakan kedua-dua pemimpin Sabah ini pastinya memberikan tamparan hebat terhadap BN dan kita mengagakkan yang pilihanraya akan ditunda lagi ke tarikh yang lain dan tidak akan diadakan piihanraya pada bulan September seperti yang di spekulasikan oleh banyak pihak.

Rabu, 25 Julai 2012

SAH !!!! Pihak Polis Mengesahkan KGT Tiada Penyelewengan

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang telah membersihkan nama Kelantan Gold Trade (KGT) dari tuduhan penyelewengan sebelum ini.

"Terima kasih Polis Kelantan, kerana bersih sangkaan tidak baik pihak tertentu terhadap KGT," kata beliau melalui twitternya hari ini.

Media hari ini melaporkan, Polis Kelantan mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dengan dalam isu penyelewengan KGT.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT terlibat dengan penyelewengan.

Selasa, 24 Julai 2012

NAJIB, HISYAMUDIN, Tolong MINTA MAAF !!!!




KUALA LUMPUR: Ekoran keputusan Mahkamah yang membatalkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram, PAS menyeru para pemimpin BN untuk menarik balik tuduhan jijik mereka pada Bersih selama ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata keputusan mahkamah itu membuktikan bahawa Bersih adalah satu pertubuhan yang sah selama ini.

“Memang sah Bersih bukan diwakili pertubuhan haram dan peserta himpunan tidak menggunakan senjata,” kata beliau secara ringkas kepada Harakahdaily.

PANAS !!! Terjun Dari Menara Kerana Takut kan Dosa

Dikalangan Bani Israil dahulu, ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah. Ia mempunyai wajah yang kacak dan segak. Ramai wanita tertawan dengan ketampanannya. Namun rasa takutnya kepada Allah SWT menjadi pendinding utama mengawalnya daripada berfoya-foya.

Suatu masa, ketika sedang menjaja tas keranjang daun kurma buatannya sendiri, ia sampai di hadapan istana raja. Kebetulan salah seorang daripada dayang istana itu temampak lelaki tersebut dan terpesona dengan ketampanannya. Dayang itu kemudiannya bercerita mengenai lelaki itu kepada permaisuri raja. Permaisuri begitu tertarik lalu timbul niat jahat di hatinya. “Suruh orang muda itu masuk menghadap,” titahnya kepada dayang tersebut.

Ketelitian Luarbiasa Iman Bukhari

Imam Bukhari meriwyatkan Sabda Rasulullah yang bermaksud, “Orang yang membantu janda dan orang miskin ibarat berjihad di jalan Allah dan ibarat orang yang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka”.
Mengembara beribu batu untuk menuntut ilmu, mempelajari dan mengumpul hadis-hadis Rasulullah SAW bukanlah satu kerja yang mudah. Tapi itulah minat dan kecintaan lelaki luar biasa ini. Kesungguhannya amat ketara walaupun umurnya masih muda remaja. Pernah Imam Bukhari bermusafir 8,000 kilometer untuk mendapatkan sepotong hadis sahaja.

Isnin, 23 Julai 2012

KGT: Bekas Pengarah Eksekutif KGT Dan Utusan Bakal di Saman

Nik Mahani Mohamad
KOTA BHARU: Akhbar Utusan Malaysia sekali lagi bakal berhadapan tindakan undang-undang berikutan laporan ‘fitnah’ terhadap pengurusan Kelantan Golden Trade (KGT).

Turut bakal dikenakan tindakan yang sama, bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad, yang didakwa turut memfitnah berhubung KGT.

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, pada sidang medianya memberitahu tindakan berkenaan diambil bagi membersihkan nama baik KGT yang sering dijadikan sasaran fitnah oleh dua pihak tersebut di samping pihak lain.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat khas di pejabat PMBK Sawit, di sini petang tadi.

Zinedine Zidane Gagal Memasuki Gaza


Bintang bola sepak Muslim, Zinedine Zidane sangat peduli dengan nasib kanak-kanak yang hidup di Jalur Gaza, Palestin.

Kerana itu ketika dilantik sebagai duta badan dunia PBB bidang pendidikan, Unicef​​, Zidane seketika menyanggupinya. Apalagi dalam misinya legenda Les Bleus itu dijadualkan melakukan lawatan ke Jalur Gaza pada Mac 2010.

Dilaporkan dari The Palestine Telegraph, lawatan Zidane juga sebagai usaha untuk mempromosikan keamanan antara Palestin dan Israel. Dia dijadualkan melakukan perjalanan ke sepanjang wilayah daerah yang diblokade Israel. Zidane merasa senang sebab boleh membantu perjuangan rakyat Palestin yang merupakan saudara seiman.

RAMADHAN: Masa terbaik berhenti merokok

SALAM Ramadan al-Mubarak! Kita kini sekali lagi dalam dakapan bulan Ramadan, iaitu bulan yang dijanjikan keberkatan oleh Allah. Sudah pasti setiap umat Islam akan meningkatkan kualiti ibadah serta amalan kerana ganjaran pahala berganda menunggu.

Di negara kita, Ramadan diterima sebagai satu daripada momen penting kepada masyarakat. Bagi komuniti perniagaan, Ramadan akan meriah dengan aktiviti jualan murah dan keghairahan rakyat membeli-belah.

Siti Khuzaimah 'dipaksa' naik helikopter

PETRA JAYA: Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan Gita ketika jenazah mangsa nahas helikopter Siti Khuzaimah Annuar, 27, di Sungai Lupar dan Lingga, pagi Jumaat lalu, tiba untuk disemadikan, petang semalam.

Terdahulu jenazah dibawa ke rumah keluarganya di Lorong Haji Babel, Samariang untuk disembahyangkan pada jam 12.45 tengah hari sebelum dibawa ke tanah perkuburan pada jam 2 petang.

Tunang Siti Khuzaimah, Mohd Faitullah Ali, 28, dilihat mengiringi jenazah dari Rumah Mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) sehingga ke tanah perkuburan. Bagaimanapun, dia enggan ditemubual media.

Ahad, 22 Julai 2012

PRU13 LEPAS HARI RAYA?



KUALA LUMPUR: Ura-ura Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya mengejut September ini iaitu selepas seminggu umat Islam beraya semakin kuat.

The Malaysia Insider melalui tulisan yang dibuat Pengarangnya, Jahabar Sadiq juga membuat ramalan yang sama berdasarkan sumbernya.

MAHFUZ : UMNO YANG DIRESAPI KOMUNIS



KUALA LUMPUR: Umnolah yang terbukti diresapi komunis malah pernah menjadi pemimpin parti itu, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Malah yang meyakinkan rakyat bahawa Umno diresapi komunis ialah Umno sendiri dan sebab itulah saya percaya masih ada saki baki komunis di dalam Umno hasil perkaderan pemimpin-pemimpin Umno berkenaan," kata beliau ketika menolak tuduhan dalam laporan Bernama kononnya pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan komunis cuba meresapi Pakatan Rakyat.

Agensi berita tersebut melaporkan kononnya risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa terdapat pengganas JI dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Sabtu, 21 Julai 2012

KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN



Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

SALAM RAMADHAN KEPADA PEMBACA SEMUA


PDRM !!! TOLONG JAGA NEGARA BUKAN JAGA UMNO

KUALA LUMPUR: PDRM Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menjaga kepentingan negara bukannya menjaga kepentingan Umno dengan membuat fitnah kepada pihak lain.

Polis juga diminta jangan menimbulkan suasana tidak tenteram di dalam negara ini, apabila cuba mengaitkan PAS dan Pakatan Rakyat telah diresapi oleh gerakan JI dan komunis.

Permintaan ini dibuat oleh AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Terbaru Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis dalam DAP.

Jumaat, 20 Julai 2012

PRU13: PEMIMPIN BAGAIMANA YANG MESTI DI PILIH OLEH ORANG ISLAM?

“Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah.” Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulullah s.a.w. Pemerintah, pemimpin atau individu yang terdiri daripada pembodek-pembodek, perasuah, guna harta dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama sekali berpandukan syarak dan ucapan Abu Bakar as-Siddiq itu cukup jelas untuk di fahami.

13 PERKARA YANG PERLU DI JAGA OLEH WANITA MUSLIM


1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

KEBANGKITAN ISLAM, DUNIA ARAB AKAN TERUS BERLAKU

RABAT: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berada di Maghribi pada Jumaat dan Sabtu lalu bagi menghadiri Muktamar kali ke-7 Parti Islam Pembangunan dan Keadilan (PJD).

Kehadiran Presiden PAS itu adalah atas jemputan rasmi Perdana Menteri Maghribi Abdelilah Benkirane yang juga ketua parti PJD.

Muktamar yang diadakan di Kompleks Moulay Abdellah itu turut dihadiri 2,000 perwakilan dan puluhan pemerhati dari negara luar khususnya pemimpin negara Arab dan pemimpin gerakan Islam seluruh dunia.

Khamis, 19 Julai 2012

SELEPAS 48 TAHUN, AKHIRNYA DAPAT RUMAH BARU


AMPANG, 19 Julai:Perasaan gembira dan sebak terpapar di wajah lebih 640 penduduk kampung apabila mereka menerima kunci kediaman pangsapuri baru mereka hari ini daripada Kerajaan Selangor.

Mereka seperti Wan Kamariah Che Man, 80, seorang peneroka asal Kampung Berembang yang duduk di kampung itu sejak 1964.
Beliau berasa syukur dan memuji tindakan prihatin kerajaan negeri dalam memastikan hak mereka untuk memilik kediaman akhirnya ditunaikan.

Beliau mengakui, perubahan pemerintahan kerajaan daripada Umno BN ke Pakatan Rakyat mampu membantu golongan yang berpendapatan rendah.

“Ini yang kami perjuangkan selama ini. Alhamdulillah akhirnya terlaksana. Selama ini kami minta bantuan kepada Umno, tetapi tidak ada apa yang kami dapat.

AMALAN PUASA SEBAGAI PENGUBAT JIWA


Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk menterjemah risalah yang ditulis oleh Imam al-Ghazali (wafat pada 505 H) yang merupakan petikan daripada karyanya al-Arba'in fi Usuluddin fi al-'Aqaid, wa Asrar al-'Ibadat, wa al-Akhlaq. Kitab ini merupakan kesimpulan dan intipati daripada karyanya al-Ihya' fi 'Ulumuddin menghimpunkan 10 usul dalam aqidah, 10 usul rahsia ibadat, 10 sifat mazmumah yang wajib dihindari serta 10 sifat mahmudah yang wajib menghiasi akhlaq bagi mendapat kejayaan di akhirat nanti.


Justeru, moga terjemahan ini memberi manfaat kepada para pembaca untuk memahami karya Imam al-Ghazali yang penuh dengan mutiara hikmah. Beliau merupakan mujaddid kurun kelima sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Murtadha al-Zabidi di dalam kitabnya Ithaf al-Sadah al-Muttaqin bi Syarh Ihya' Ulumuddin dan diiktiraf oleh para ulama' selepasnya sehingga ke hari ini.

HUKUM TIDAK MELAKSANAKAN HUDUD DAN NON- MUSLIM YANG MENGHALANG PERLAKSANAAN HUDUD

Hudud



Hudud dari sudut bahasa ialah sempadan, batasan atau larangan. Sehubungan itu istilah hudud adalah luas, kesemua yang disuruh serta larangan dalam Islam merupakan hudud Allah SWT iaitu batasan yang manusia tidak boleh melampaui serta mencerobohnya. Disebabkan itu mereka yang tidak mengikut batasan-batasan dalam Islam disebut sebagai orang yang melampaui batas. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Demikianlah hudud (yang dinyatakan oleh) Allah maka jangan kamu melampauinya.” - Surah Al-Baqarah : 229

Hudud dari sudut syarak ialah sebagaimana menurut majoriti ulama ialah hukuman yang telah ditentukan oleh syarak, samada ia melibatkan hak Allah atau hak hamba. Menurut Mazhab Hanafi pula ialah hukuman yang ditentukan bersifat wajib dilaksanakan kerana ia merupakan hak Allah SWT.

MANUSIA YANG TIDAK GUNAKAN AKAL , LEBIH TERUK DARIPADA HAIWAN


Haiwan yang tidak berakal sentiasa tunduk kepada apa yang ditentukan oleh Allah ke atasnya tanpa sebarang pilihan lagi. Tetapi manusia khususnya yang mempunyai akal ada yang memilih selain perintah Allah untuk dilaksanakan dalam kehidupan mereka.

Mereka menjadikan perintah hawa nafsu sebagai sekutu Allah dalam mengatur kehidupan di dunia. Mereka tidak menerima hidayah Allah lalu mereka menjadi manusia yang sesat dan pada hari akhirat kelak dihumbankan ke dalam neraka Allah SWT.

Allah berfirman yang bermaksud "oleh itu, janganlah kamu menjadi (salah seorang) dari orang-orang yang jahil." (Surah al-An'am :35)

SIFAT ZUHUD RASULULLAH CAIR KAN ORANG KAFIR




Firman Allah bermaksud, " Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka akan dikenakan azab seksa dengan sebab mereka berlaku fasik." (Surah al-An'am :49)

Ertinya, mereka yang mendustakan (mengkufuri) al-Quran (ayat-ayat keterangan yang dapat dibaca) yang disampaikan oleh Nabi s.a.w dan ayat-ayat keterangan yang dapat dilihat (alam yang menjadi hujah mengenai keagungan dan kekuasaan Allah) dengan mata mereka sendiri, mereka akan dikenakan azab seksa yang pedih daripada sebab kejahatan dan kekufuran yang mereka lakukan terhadap ajaran Allah dan Rasul-Nya s.a.w.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, "Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w): "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku." (Surah al-An'am : 50)

Rabu, 18 Julai 2012

BILA KAH LELAKI MENJADI DAYUS??


gambar hiasan

RINGAN RINAN SEBELUM KAHWIN

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin di jelas kan disini, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa taubat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalang kan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jaga lah zuriat anda..

PENDEK KAKI, TAPI PANJANG AKALNYA


                            (Adun Semerak, isteri dengan Rohani serta keluarganya)

KOTA BHARU: Dia seorang wanita yang bijak, seorang isteri dan ibu yang mampu menguruskan keperluan kepada seorang suami dan anak walaupun dia adalah golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Kerana keistimewaannya, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim, menjadikan insan istimewa ini sebagai anak angkatnya.

Selasa, 17 Julai 2012

PANAS !!!!! UNTUK TATAPAN PAPAGOMO, PENFITNAH DI SAYANGI SYAITAN !!!


PAPAGOMO, SILA BACA:


Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu mu sibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.” (al-Hujuraat:6)

SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah ‘suka membawa mulut’, mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang se hingga kisah yang pendek menjadi panjang.

Ia juga disebut menabur fitnah atau ‘namimah’ iaitu men ceritakan keburukan orang di khalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan di kalangan masyarakat, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan hidup berma syarakat.

SAYA AKAN SERTAI PAS KALAU SAYA RAKYAT MALAYSIA


KUALA SELANGOR: “Kalau saya rakyat Malaysia nescaya saya menjadi salah seorang ahli Parti PAS,” demikian kata Sheikh Ismail (gambar) Masu’l Tarbiah Bahagian Hubungan Luar Parti Ikhwan Muslimin dari negara Mesir.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya dalam Perhimpunan Hijau menuju ke Putrajaya yang diadakan di Stadium Kuala Selangor malam kelmarin.

PERHATIAN !!! SEKADAR PERINGATAN, 10 SOLAT YANG DI TOLAK


Manusia memang tidak boleh lari dari melakukan perkara2 yang di larang olehNya samaada ianya besar atau kecil.kadang2 walau pun ianya berdosa,kita anggap perkara itu remeh.Sehinggakan bagi masyarakat hari ini tidak memandang berat pun soal itu.contoh yang yang paling ketara ialah perempuan yg tidak menutup aurat.Walaupun ianya merupakan satu dosa yang amat besar,tapi bagi masyarakat hari ini ianya perkara biasa dan tidak menjadi hal.Dimana mana saja kita tengok masih terlalu ramai wanita yang tidak memakai tudung.Malah. seperti mempermain  kan hukum Allah ada yang memakai tudung tetapi memakai seluar dan pakaian ketat yang menampak kan bentuk tubuh.Tidak nampak pelik kan? Kerana ramai yang melakukan nya, perkara itu di anggap biasa dalam masyarakat moden hari ini.

Isnin, 16 Julai 2012

MAHATHIR DAN KELUARGA NYA MEMANG TAMAK !!

kaut untung anak beranak, Mahathir malukan negara


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahgunakan pengaruhnya untuk mengaut keuntungan demi kepentingan peribadi memalukan negara, kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid.


Beliau berkata, Teras kesal pemberian bekalan minyak pesawat MAS kepada Petron iaitu syarikat milik anaknya, Mirzan yang juga dikaitkan dengan pembelian sebuah syarikat perusahaan arak, San Miguel.


“Tun Mahathir sepatutnya bertanggungjawab untuk memastikan kepentingan Petronas mendahului segala kepentingan peribadi kerana ia adalah aset negara dan ini bukan kali pertama beliau melakukan penyalahgunaan pengaruhnya untuk memastikan anaknya mendapat tender besar,” katanya dalam satu kenyataan.

PENGKIANAT !!! UMNO DAN BN TIDAK BOLEH DI MAAFKAN



KUALA TERENGGANU- Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsan Peringkat Negeri Terengganu mendakwa Perhimpunan Oren ‘Selamatkan Felda’ yang diadakan di masjid Wilayah Persekutuan Sabtu lalu telah berjaya mencapai sasaran.

Pengerusinya, Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, apa yang paling penting adalah penyerahan memorandum rakyat kepada Yang DiPertua Agong.

HIDUP SEDERHANA

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:"Kezuhudan merupakan pertaruhan bagi seorang mukmin." Baginda s.a.w. pernah berkata:"Allah s.w.t. telah menawarkan kepadaku hendak menukarkan bukit-bukau diMekah menjadi emas tetapi aku menadahkan tangan ku kepadaNyasambil berkata:"Ya Allah, aku suka makan pada satu hari dan berlapar pada hari berikutnya supaya aku dapat mengingatiMu apabila lapar dan memuji-mujiMu serta mensyukuriMu apabila kenyang."

Pada suatu ketika Nabi Muhammad s.a.w.telah berpisah selama sebulan daripada isteri-isterinya kerana salah seorang daripada mereka telah menyinggung perasaannya. Selama sebulan Baginda s.a.w. tinggal berseorangan dalam sebuah bilik. Suatu khabar angin yang tersebar dikalangan para sahabat mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah menceraikan isteri-isteri Baginda s.a.w..

Sabtu, 14 Julai 2012

MARI LAH KITA SAMA2 BANTU HAMBA ALLAH INI !!!


Wahai saudara se islam ku semua , mari lah kita pakat pakat hulur kan bantuan pada hamba Allah ini.Daripada kita membazir membeli sesuatu yang berbentuk duniawi,lebih baik kita derma kan duit itu kepada yang amat memerlukan.Percaya lah, kita tak akan rugi barang sedikit pun malah tanpa kita sedari harta kita akan bertambah dari sumber halal yang tidak kita ketaui puncanya..

SIAPA YANG MENANGGUNG DOSA KERANA SEORANG WANITA?

Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata:
‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’
Sebenarnya beliau silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:

HUDUD DAN POLITIK



Apabila sudah wujud kalangan wakil rakyat Umno yang mencadangkan undang-undang hudud, maka tercetus kenyataan-kenyataan balas yang mengejutkan. Ada NGO yang meminta supaya jangan mempolitikkan hukum hudud. MCA pula menuduh Umno sudah hilang akal dan ada kelompok yang berdiam diri kerana jahil. Maka lebih baik diam sahaja. Lebih mendukacitakan pula ialah kalangan ilmuan Islam yang berada dalam kelompok Umno ikut sama berdiam diri, sama ada yang sudah tua atau yang bergelar ulama muda. Kalau yang kami telah luluskan di Kelantan dan Terengganu itu hudud ciptaan PAS, sila tunjukkanlah di mana silapnya dan mana dia hudud Islam yang sebenarnya. Marilah kita menerima kenyataan ini secara positif dan berbincang secara ilmu dengan menunaikan amanah perintah Allah dan hudud adalah hukum Allah secara nas sehingga para ulama bermazhab diharamkan berijtihad.

PRESEDEN PAS MENJADI TETAMU KEHORMAT DI TIMUR TENGAH

Tunis - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meneruskan lawatannya ke Timur Tengah, bagi memenuhi jemputan menjadi tetamu kehormat Muktamar Tahunan Kali Ke-9 Parti an-Nahdah, parti yang memerintah negara Tunisia masakini.


Beliau dan rombongan menjadi tetamu negara Tunisa, sampai di negara itu pada hari ini Jumaat 13 Julai.

Gerakan (parti) an-Nahdah diharamkan semasa pemerintahan Zainal Abidin bin Ali dan ramai pimpinannya samaada disumbat ke dalam penjara atau berada di dalam buangan.


Jumaat, 13 Julai 2012

BOLEH KAH RAKYAT MENEGUR PEMIMPIN?


MENEGUR PEMIMPIN SECARA TERBUKA DI SISI SYARA': PERBAHASAN HUKUM

Islam adalah agama nasihat. Kita sewajarnya memberikan nasihat kepada sesiapa sahaja termasuk juga para pemimpin kita. Itu merupakan perkara pokok dalam agama dan asas kepada pembentukan masyarakat yang bertamadun. Rasulullah s.a.w sendiri telah bersabda:

الدين النصيحة قلنا : لمن ؟ قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم

“Agama adalah nasihat. Kami (sahabat) bertanya: Kepada siapa? Berkata Rasulullah: Kepada Allah dan kepada kitabNya serta RasulNya dan juga para pemimpin orang Islam dan semua umat Islam”(Riwayat Muslim)

ADA KAH NAJIB TERGOLONG DALAM CIRI2 PEMIMPIN ISLAM?

Baru2 ini Najib bercakap soal moral.Beliau mendakwa Anwar tidak bermoral dan tidak layak menjadi PM Malaysia.Soal nya sekarang, Najib bermoral kah dan layak kah beliau menjadi PM Malaysia berpandukan ciri ciri pemimpin yang di tuntut oleh Islam? Mari kita tengok pemimpin yang bagaimana kah yang di kehendaki oleh islam..



Khamis, 12 Julai 2012

ADAKAH JAWATAN MUFTI, KHADI, HAKIM, MENTERI - MENRERI, TUAN GURU, MERUPAKAN JAMINAN BAHAWA MEREKA TIDAK SESAT DAN SELAMAT UNTUK DIIKUTI TANPA RAGU-RAGU?




Jawatan atau gelaran dan ketinggian ilmu yang dimiliki oleh seseorang tidak menjamin bahawa dia tidak sesat dan boleh diikuti tanpa ragu-ragu. Ini kerana semua perkara tersebut bukanlah jaminan mutlak yang boleh menjamin seseorang itu selamat dari melencong keluar dari agama Islam yang sebenar. Oleh itu, Rasulullah saw menasihatkan agar setiap individu mengambil langkah berjaga-jaga dan Islam tidak menyukai taklid(ikutan buta tuli yang tidak berasaskan iman dan ilmu).


Daripada Auf bin Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Ummat Yahudi telah berpecah belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk Syorga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Ummat nasrani telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan , maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk Syorga. Demi Tuhan yang diriku didalam kekuasaannya, ummatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk Syorga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya: Golongan mana yang selamat?. Nabi s.a.w menjawab:Mereka adalah jama’ah”. (golongan ahli sunnah wa al-jamaah). HR.Ibnu Majah

Presiden PAS bertemu pimpinan tertinggi Ikhwan


KAHERAH: Rombongan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut diraikan dalam satu pertemuan bersama pimpinan Ikhwan Muslimin di ibu pejabat baru pergerakan itu di Jabal Muqattam di sini.

Rombongan yang juga turut disertai wakil kerajaan Negeri Kelantan itu turut dibawa bertemu dengan seluruh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Ikhwan Muslimin (Maktab Irsyad) yang mengadakan mesyuarat mingguan mereka semalam.
 
Antara pimpinan tertinggi Ikhwan yang ditemui termasuklah mantan Mursyidul Am Dr Mehdi Akif, Mursyidul Am Dr. Muhammad Badi'e, Dr. Mohd Ezzat serta Dr. Khairat Shater, bekas calon Presiden Ikhwan yang dibatalkan pencalonannya.

Di kesempatan itu, presiden sekali lagi menyampaikan ucapan tahniah daripada PAS di atas kejayaan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dalam pilihan raya lalu dan kemenangan Dr Mohamad Mursi sebagai presiden negara itu.

Kubur memberi peringatan kepada manusia

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Percintaan sebelum kahwin ada lah haram?



Timbul suara-suara orang jahil yang mempertikaikan hukum agama yang mengatakan couple adalah haram. Bagi mereka, couple ini tidak haram sebaliknya sebagai jalan untuk mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi. Itu memang ada benarnya jika anda tidak fikir dalam-dalam. Mengapakah Islam melarang penganutnya untuk bercouple-couple ini?

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:


      “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu
         perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
          

Tuan Guru Nik Aziz lancar buklu 'Bertemu Janji Allah'


SHAH ALAM: Buku kompilasi kuliah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ‘Bertemu janji Allah’ selamat dilancarkan oleh beliau sendiri baru-baru ini.

Buku yang dianggap segar sepanjang zaman ini adalah himpunan kuliah-kuliah Tuan Guru Nik Aziz dilancarkan sempena Pesta Buku Selangor yang berlangsung di SACC Mall 8 Julai lepas.

Turut hadir pada majlis tersebut, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam. 

Buku ini terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd dan boleh didapati disemua kedai buku seluruh negara.

Ia boleh juga dipesan secara online melalui www.kemilau.net.my.

Buku berkulit keras ini adalah buku pertama terbitan syarikat ini yang dicetak di Indonesia. Ia dijual dengan harga RM39.00.

Rabu, 11 Julai 2012

BERITA SUAM: Wanita Umno kawasan Pak Lah sokong hudud

Pergerakan Wanita Umno di kawasan yang dikuasai bekas perdana 
menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi kumpulan pertama dari Pulau Pinang yang menyokong pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

ALTANTUYA: Wakil Mongolia ke Malaysia ogos ini

Sekumpulan wakil rasmi Mongolia yang ditugas untuk mengendalikan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu dijangka hadir ke Malaysia Ogos ini, kata Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.

“Mereka akan tiba pada bulan Ogos, cuma tarikh yang tepat belum tahu kerana Mongolia baru saja mengadakan pilihan raya dan belum ada kerajaan lagi,” jelasnya.

Selasa, 10 Julai 2012

UTUSAN DAN TV3 DISAMAN NIZAR RM100 JUTA


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman fitnah kepada dua media pro Umno iaitu Utusan Malaysia dan TV3 berhubung isu bidaan plat kenderaan WWW1.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Kuala Lumpur, pagi tadi.

Menurutnya, pihak Utusan dan TV3 tidak memberi respons untuk memohon maaf dalam tempoh yang telah diberikan.

"Saya bersama peguam hari ini memfailkan saman masing-masing RM50 juta kepada Utusan dan TV3 selepas enggan memohon maaf kepada saya dalam tempoh 7 hari yang telah diberikan," katanya ketika ditemui Harakahdaily di pekarangan mahkamah.

Isnin, 9 Julai 2012

Hikmah wanita yang memakai tudung dan menutup aurat


Kisah ini berlaku kepada seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US.Gadis ini cantik rupa paras dan bentuk badan nya juga sempurna.Tetapi dia selalu taat kepada Allah S.w.t, berpakaian sopan,menutup aurat dengan sempurna dan memiliki akhlak yang baik.

Pada suatu malam, gadis itu dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerja nya.Kebetulan dia telah tersalah jalan dengan melalui jalan singkat untuk pulang atas sebab sebab yang tertentu.Laluan yang di pilih itu agak tersorok dan kebetulan tiada yang lalu lalang waktu itu.

Kerana malam yang lewat dan keadaan yang sunyi,laluan itu agak gelap dan keadaan agak menyeramkan.Ini membuat kan gadis itu gelisah dan berasa takut kerana berjalan sendirian.

GEMPAR !!!!! Osama masih hidup!

Osama yang telah di sah kan mati oleh A.S di percayai masih hidup dan sedang bersenang lenang di sebuah tempat yang tidak di ketahui..Dan di khabarkan juga Osama sebenarnya ada lah kawan baik kepada bekas presiden bush.kalau tak percaya sila tengok video di dalam.....



PEGUAM: Dokumen dalam blog uncleseekers adalah asli



Seorang peguam yang meninggalkan negara ini sejak tahun lalu berkata dokumen pemindahan hakmilik pesawat yang dimiliki Almarhum Sultan Iskandar kepada anakandanya dan pemindahan wang sejumlah RM60 juta kepada Amanah Raya, adalah dokumen yang sah.


azlanPeguam Kamal Hisham Jaafar - yang dikatakan mnghadapi konflik 
dengan Sultan Ibrahim Ismail berhubung pertikaian harta pusaka sehingga menyebabkan penahanan penulis blogUncleseekers - mendakwa tidak tahu menahu bagaimana dokumen tersebut disiarkan dalam blog tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak bersetuju bahawa dua dokumen tersebut telah diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
 
Bercakap dalam sidang media melalui telefon dari Dubai, Kamal Hisham berkata dokumen itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan atau undang-undang, dan beliau bingung mengapa polis mengklasifikasikan penangkapan tersebut sebagai kes OSA.

Aku kasi dua ringgit kalau ada pemimpin Umno seperti Tuan Guru Nik Aziz


KUALA LUMPUR: “Soalnya, adakah pemimpin lain yang bersifat seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dari kalangan Umno BN?” tanya Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Riduan Mohd Nor (gambar).


Sehubungan itu, ujarnya DPPM menyelar kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menganggap rakyat Kelantan taksub kepada kepimpinan Tuan Guru sebagai Menteri Besar Kelantan sehingga menjangkakan BN sukar memerintah Kelantan selagi ada insan bernama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“DPPM menganggap kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad seakan menghina rakyat Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, rakyat Kelantan dianggap tidak rasional sehingga sanggup taksub tidak tentu pasal terhadap kepemimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga menerima bulat-bulat apa sahaja ucapan daripada beliau.

AWAS!!!!!! BN akan edar klip video terbaru?



Maklumat awal untuk sekalian orang politik! Beberapa klip video yang akan 
mendedahkan keburukan para pemimpin Pakatan Rakyat sudah pun siap untuk diedarkan kepada umum. Pembikinan klip video berkenaan dilakukan sejak beberapa bulan lalu. Ia adalah lanjutan kepada klip video yang didedahkan manusia digelarkan Datuk T tidak lama dahulu.

Klip video ini semuanya untuk mencemar dan memburukkan imej pemimpin tertinggi PR. Ia akan diedar sebaik sahaja parlimen dibubarkan. Klip video ini juga akan disiarkan menerusi televisyen dan media massa PB. Pendedahan klip video ini seperti biasa akan dibuat menerusi blog-blog terpilih yang tidak berhati perut peliharaan UBN.

Tolak hudud seperti pertikai al-Quran


Tolak hudud seperti pertikai al-QuranJOHOR BAHRU - Hukum hudud perlu diterima semua umat Islam dan menolaknya boleh dianggap sama seperti mempertikaikan al-Quran kerana hukum berkenaan telah disebut di dalam kitab itu.

Pendakwah, Dr Mohd Sukki Othman berkata, perbincangan yang lebih terperinci mengenai perkara ini perlu diadakan bagi membentuk kefahaman yang jelas dalam kalangan masyarakat khususnya golongan bukan Islam.