Rabu, 11 Julai 2012

BERITA SUAM: Wanita Umno kawasan Pak Lah sokong hudud

Pergerakan Wanita Umno di kawasan yang dikuasai bekas perdana 
menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi kumpulan pertama dari Pulau Pinang yang menyokong pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Ketua wanita Umno Kepala Batas, Zabariah Wahab dilaporkan berkata, usul yang dibawanya itu diluluskan sebulat suara dalam mesyuarat perwakilan pergerakan wanita bahagian tersebut pada Sabtu lalu.

Beliau dipetik akhbar Sinar Harian sebagai berkata, usul menyokong pelaksanaan hukum hudud itu akan dibawa dalam persidangan perwakilan bahagian tersebut.

"Usul ini juga akan dipanjangkan kepada kepimpinan Wanita Umno Malaysia dan negeri untuk rujukan dan tindakan lanjut," katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

ADUN Bertam, Pulau Pinang itu membawa usul berkenaan dalam mesyuarat Sabtu lalu "kerana memikirkan kepentingan dan kebaikannya kepada umat Islam di negarai ini."

"Tidak timbul hudud PAS atau hudud Umno. Hukum Allah Hanya satu dan semua orang perlu patuh, bagaimanapun nampaknya sekarang ini ia cuba diputar belit dan dipolitikkan oleh pihak tertentu untuk dijadikan modal politik," katanya lagi.

1 ulasan:

  1. Badan perhubungan UMNO negeri mau terima ka cadangan tersebut?

    BalasPadam