Khamis, 9 Ogos 2012

'Fatwa' Utusan: Hancurnya Impian 1Malaysia Najib


KUALA LUMPUR: DAP menyifatkan berita muka hadapan Utusan Malaysia semalam yang bertajuk “Haram sokong DAP” sebagai perbuatan terdesak Umno untuk membangkitkan kebencian orang Melayu terhadap DAP.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, laporan berita Utusan tersebut sebagai “lolongan keterlaluan”, dan mencerminkan Utusan sebagai akhbar anti-nasional dan anti-Malaysia.

“Adakah Utusan Malaysia cuba untuk menghasut dan mengapi-apikan konflik agama di Malaysia?” soal beliau.

Katanya, isunya bukan siapa yang mengeluarkan kenyataan tersebut tetapi ia melibatkan tanggungjawab dan etika sebuah akhbar yang dimiliki pemerintah boleh menerbitkan fitnah sedemikian rupa.

Rabu, 8 Ogos 2012

UBAH: Lagu tema kempen DAP PRU13.Saksikan Nurul Izzah menyanyi


UMNO YANG PELIK: Bina Hospital Dia Kritik, Jual Tanah Melayu Dia DiAm

GEORGE TOWN, 7 OGOS: Barisan Nasional telah menimbulkan perasaan benci dan permusuhan di kalangan rakyat Pulau Pinang dengan permainan politik perkauman ekstremis yang menyemarakkan sentimen perkauman dan agama, termasuk dalam soal pembinaan sebuah hospital.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata, Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow telah membuat fitnah terhadap kepimpinan negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung usaha membina hospital tersebut di Jalan Zainal Abidin di sini.

Selasa, 7 Ogos 2012

NAJIB, Tolong lah Jelaskan, Rakyat Nak Tau ni. Tolong lah !!!!

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan wajar membuat penjelasan rasmi terhadap tatacara penganugerahan tender projek tambahan LRT Aliran Ampang yang bernilai RM955,840,000.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berpandangan penjelasan itu untuk dinilai oleh rakyat dan seterusnya kepada penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi mendengar pandangan pakar dan suara rakyat selaku pihak berkepentingan utama (key stakeholder) di dalam projek infrastruktur mega tersebut.

Naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss (gambar)menyatakan demikian merujuk kepada laporan akhbar The Edge bertarikh 6 Ogos lalu yang berkongsi kerisauan yang dibangkitkan beberapa pakar dan profesional industri pembinaan terhadap tatacara penganugerahan kontrak dan sub-kontrak yang dipraktikkan oleh kerajaan Malaysia.

Isnin, 6 Ogos 2012

Mengenang Wanita-Wanita Solehah

Sejarah hidup para wanita solehah dalam Islam sudah tercatat dalam Al Quran dan Hadis, marilah kita sama-sama menghayati sejarah hidup mereka agar kita termasuk dalam golongan penyumbang perjuangan Islam.

Siti Hajar duduk setahun dua tahun di padang pasir, di tinggalkan suami, suami datang sesekali, kemudian namanya dicipta untuk al-Quran sepanjang zaman.Tidak mungkin kita tidak mahu seperti cerita Siti Hajar ini. Tidak mahukah kita dengan apa yang dikatakan di dalam al Quran? Apakah kita masih mahukan suami kita ada bersama tiap-tiap hari dengan kita. Tidak sanggup kalau suami kita setahun sekali baru datang. Siti Hajar sanggup menciptakan keajaiban, menjadi wanita yang ditinggalkan oleh suami hanya berjumpa setahun sekali. Tetapi ditangannyalah keluar air zam-zam, dialah menghidupkan bandar Kaa’bah Makatulmukarromah. Mukjizat kepimpinan dan didikan dari suaminya iaitu Nabi Ibrahim.

ISU ROYALTI: Ayah Berjanji, Anak Khianati

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar)mencadangkan supaya tindakan kerajaan Umno mengkhianati perjanjian menjadi isu utama perbincangan mengenai royalti minyak kepada negeri Kelantan.

"Pada 12 Disember 1975, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein telah berjanji di dalam Parlimen membayar royalti dalam bentuk tunai sebanyak lima peratus kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri lain yang mengeluarkian hasil minyak.

"Perjanjian juga dibuat dengan Petronas pada tahun yang sama di mana Petronas memberi komitmen untuk membayar royalti tunai sebanyak lima peratus setahun bagi hasil minyak yang ditemui di di kawasan pantai Kelantan dan pesisirnya di mana perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sabtu, 4 Ogos 2012

Najib Hantar Surat Minta Wakil Bincang Royalti



KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.
Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya, Rosdi Mohamad.

Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.

Beliau juga turut memaklumkan berita ini dalam tazkirah Subuh yang disampaikan beliau sebaik sahaja selesai solat Subuh di Masjid Pulau Melaka, bersebelahan rumahnya pagi ini.
Kelantan sejak sekian lama memperjuangkan agar Petronas membayar royalti minyak kepadanya berdasarkan telaga minyak yang ada berdekatan dengan pantai Kelantan.

Namun, kerajaan Pusat hanya membayar wang ehsan kepada wakilnya, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang ada di Kelantan dan bukannya kepada kerajaan negeri sebagaimana yang tercatat dalam perjanjian.