Selasa, 7 Ogos 2012

NAJIB, Tolong lah Jelaskan, Rakyat Nak Tau ni. Tolong lah !!!!

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan wajar membuat penjelasan rasmi terhadap tatacara penganugerahan tender projek tambahan LRT Aliran Ampang yang bernilai RM955,840,000.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berpandangan penjelasan itu untuk dinilai oleh rakyat dan seterusnya kepada penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi mendengar pandangan pakar dan suara rakyat selaku pihak berkepentingan utama (key stakeholder) di dalam projek infrastruktur mega tersebut.

Naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss (gambar)menyatakan demikian merujuk kepada laporan akhbar The Edge bertarikh 6 Ogos lalu yang berkongsi kerisauan yang dibangkitkan beberapa pakar dan profesional industri pembinaan terhadap tatacara penganugerahan kontrak dan sub-kontrak yang dipraktikkan oleh kerajaan Malaysia.
Beliau berkata, secara prinsipnya, setiap pemerolehan (procurement) kerajaan dibuat demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

“Kepentingan ini dapat dijamin melalui pelaksaaan sistem tender secara terbuka untuk mendapatkan pilihan kos yang optima (best pricing) oleh kontaktor yang paling layak dari aspek teknikal dan kewangan (technically and financially competent),” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, DPPM melahirkan rasa kesal terhadap tatacara penganugerahan tender projek tambahan LRT Aliran Ampang, yang bernilai RM960 juta oleh kerajaan Pusat terhadap Konsortium George Kent (Malaysia) – Lion Pacific yang dipersoalkan nilai integritinya, selepas Konsortium George Kent dilaporkan berjaya mengalahkan pembida-pembida lain yang ternama.

Lebih merisaukan, ujarnya DPPM turut berkongsi pandangan dengan beberapa pakar dan profesional di dalam sektor pembinaan infrastruktur teknikal yang berskala besar ini terhadap proses sub-kontrak yang akan dilaksanakan pihak Konsortium George Kent selepas ini.

Katanya, difahamkan daripada laporan akhbar The Edge, hampir 70% - 80% kerja-kerja yang terlibat dalam projek mega ini akan disub-kontrak kepada syarikat-syarikat lain, khususnya pakej-pakej teknikal yang agak rumit.

Beliau menambah, tidak dapat dinafikan, proses sub-kontrak adalah amalan biasa di kalangan kontraktor utama namun ia biasanya dilaksanakan pada kadar 30%-40% daripada skop kerja.

Namun, ujar beliau apabila pemberian subkontrak melebihi 50% daripada skop kerja terlibat, ia akan membawa risiko terhadap penyampaian projek (project delivery) dari aspek peningkatan kos, kelewatan masa, dan kualiti akhir projek.

“Ini dilihat seperti mengesahkan persoalan pakar dan rakyat terhadap kemampuan Konsortium George Kent untuk melaksanakan projek mega ini, selain menafikan usaha transformasi kerajaan yang mahu menghapuskan budaya ‘kontraktor alibaba’ yang mengaut keuntungan percuma.

“Budaya ‘know-who, not know-how’ adalah punca utama ketirisan kewangan negara yang menjurus kepada defisit tahunan berturut-turut Kerajaan Persekutuan hampir 14 tahun,” ujarnya.

Justeru, kata beliau DPPM menggesa semua pihak yang terlibat, khususnya Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, SPAD dan Prasarana untuk mengambil langkah segera bagi memastikan tatacara tender terbuka dipatuhi semua pihak terlibat, tanpa menggadaikan risiko keselamatan pengguna LRT Aliran Ampang apabila siap kelak.

AJK; projek 'ali baba bujang lapok' ni sudah lama di amalkn oleh pemimpin2 umno selama ini.Kerana ali baba juga lh yg telah meng'kaya' kan mereka

1 ulasan: