RAKYAT PRIHATIN,
TERENGGANU
KEPADA,
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA.
PER: KAJIAN SEMULA MEMBENARKAN PELAJAR SEKOLAH MEMBAWA TELEFON BIMBIT KESEKOLAH
TUAN,
SEBAGAIMANA PERKARA DIATAS,SAYA SEORANG RAKYAT BAWAHAN BEGITU TERPANGGIL UNTUK MENGAJUKAN BICARA INI KEPADA PIHAK TUAN ADA LAH DISEBAB KAN RASA KEBIMBANGAN YANG AMAT SANGAT TERHADAP KESELAMATAN ANAK2 SAYA. MEMANDANGKAN SITUASI NEGARA KITA SEKARANG YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN BANYAK BERLAKU KEJADIAN PENCULIKAN DAN PEMBUNUHAN TERHADAP KANAK2,SAYA BERPENDAPAT KERAJAAN SEPATUTNYA MEMBENARKAN PELAJAR2 SEKOLAH MEMBAWA TELEFON BIMBIT KESEKOLAH.
SAYA TAHU,LANGKAH KERAJAAN TIDAK MEMBENARKAN TELEFON BIMBIT DIBAWA PELAJAR2 SEKOLAH ADALAH UNTUK MENGELAKKAN PARA PELAJAR BERSOSIAL MELALUI KEMUDAHAN TERSEBUT SEWAKTU DI SEKOLAH.SAYA RASA TINDAKAN IINI ADALAH TIDAK BIJAK.ADALAH SESUATU YANG AGAK MELUCUKAN DI SEBALIK NEGARA SEDANG MEMBANGUN SEPERTI YANG PIHAK TUAN WAR WAR KAN TETAPI DALAM MASA YANG SAMA PIHAK TUAN MELARANG PELAJAR2 YANG HAMPIR KEELURUHAN NYA ADALAH CELIIK IT MELARANNG MEMBAWA SATU SATUNYA KEMUDAHAN ASAS TERPENTING DI ABAD INI!!
MEMANG SESUATU YANG MELUCUKAN,TETAPI INI ADALAH HAKIKAT YANG BERLAKU DI NEGARA TERCINTA INI BERBANDING DENGAN NEGARA MAJU YANG LAIN YANG HAMPIR SEMUA MEMBENAR KAN KEMUDAHAN ASAS TERSEBUT DIBAWA KESEKOLAH.
TUAN,
HENDAK LAH PIHAK TUAN MAKLUM LARANGAN TERSEBUT TELAH MELAHIRKAN RASA KEBIMBANGAN YANG BUKAN SEDIKIT KEPADA PARA IBU BAPA LEBIH LEBIH LAGI KEPADA IBU BAPA BAWAHAN SEPERTI SAYA YANG SETIAP MASA BEKERJA KERAS DEMI MENCARI SESUAP NASI DI DALAM KEADAAN HARGA BARANG YANG SEDANG MENINGKAT NAIK SEJAK PIHAK KERAJAAN MEMENANGI PILIHANRAYA TEMPOHARI.
SAYA PERCAYA,BUKAN SEORANG ATAU DUA,BAHKAN SEMUA IBU BAPA YANG SEDANG SIBUK BEKERJA AKAN TERTANYA TANYA APAKAH ANAK2 MEREKA SUDAH PULANG SEKOLAH ATAU BELUM APABILA TIBA WAKTUNYA.BUKAN SEORANG ATAU DUA JUGA YANG BIMBANG JIKA ANAK2 MEREKA TIDAK BALIK KERUMAH PADA WAKTU YANG SEPATUTNYA.TIDAK KAH PIHAK TUAN TIDAK TERPIKIR BAHAWA KALAU KEMUDAHAN ASAS TERSEBUT DI BENARKAN DIBAWA KESEKOLAH,PARA2 IBU BAPA TIDAK BIMBANGKAN LAGI KESELAMATAN ANAK2 MEREKA?KERANA SEKALI "KLIK' IBUBAPA BOLEH TAHU DIMANA KEBERADAAN ANAK2 MEREKA SELEPAS WAKTU SEKOLAH.
SAYA TAHU,BAGI PIHAK TUAN DAN RAKAN2 TUAN YANG BERGELAR MENTERI DAN YB TIDAK PERNAH MERASA SITUASI YANG KAMI IBU BAPA BAWAHAN RASAKAN KERANA ANAK2 TUAN DI HANTAR DAN DI JEMPUT OLEH 'DRIVER' TUAN. PERGI DAN BALIK SEKOLAH.TETAPI BAGI KAMI IBU BAPA YANG ANAK2 KE SEKOLAH PERGI DAN BALIK SENDIRI SETIAP HARI WAKTU SEKOLAH MERASAI KEBIMBANGAN JIKA ANAK2 PULANG LEWAT.TIDAK BOLEHKAH PIHAK TUAN MENGERTI WALAUPUN SEDIKIT KEBIMBANGAN KAMI INI.
TUAN,
SAYA TAHU DAN FAHAM KENAPA KEBENARAN MEMBAWA TELEFON KE SEKOLAH DI TARIK BALIK SUATU KETIKA DULU.SAYA JUGA TAHU RAMAI PARA PELAJAR TELAH MENYALAH GUNA KAN KEMUDAHAN TERSEBUT WAKTU DI SEKOLAH.TAPI,PERCAYA LAH JIKA KEBENARAN TERSEBUT DI SERTAKAN DENGAN SYARAT2 YANG BIJAK TENTU PIHAK SEKOLAH DAPAT MENGATASI MASALAH TERSEBUT.SUDAH LUMRAH MANUSIA SESUATU YANG BARU TIDAK SEMUA ORANG MENGIKUTINYA BUKAN SAHAJA KITA SEBAGAI ORANG TUA APATAH LAGI BAGI BUDAK2 SEKOLAH.
TUAN DAN ORANG2 DIKALANGAN PIHAK TUAN ADA LAH ORANG2 YANG CERDIK PANDAI,ORANG2 YANG DI PILIH OLEH RAKYAT UNTUK MEMERINTAH NEGARA.ORANG2 YANG SAMA YANG MEMBUAT UNDANG2 DAN MENGAMALKAN UNDANG2 PIHAK TUAN HANYA MEMIKIRKAN KEBURUKAN LEBIH DARIPADA KEBAIKAN MEMBAWA TELEFON KRSEKOLAH.
ADA LAH AMAT MEMALUKAN KEPADA KAMI YANG TELAH MEMILIH PIHAK2 TUAN UNTUK MEMERINTAH NEGARA TIDAK DAPAT BERFIKIR SEBAGAIMANA KAMI RAKYAT BAWAHAN BERFIKIR.TUJUAN UTAMA TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA TELEFON BIMBIT KESEKOLAH ADA LAH SUPAYA PARA PELAJAR TIDAK MENGGUNAKANNYA DI WAKTU SEKOLAH.ADAKAH PIHAK TUAN TIDAK BOLEH MEMBUAT UNDANG2 KECIL ATAU MEMBERI SYARAT KEPADA PELAJAR YANG INGIN MEMBAWA KEMUDAHAN TERSEBUT KE SEKOLAH?CONTOH NYA SERAHKAN TELEFON KEPADA PIHAK SEKOLAH DI PERMULAAN WAKTU DAN AMBIL BILA HABIS WAKTU SEKOLAH?
SAYA RASA PARA PELAJAR AKAN MEMATUHI SYARAT TERSEBUT SEBAGAIMANA MEREKA MEMATUHI SYARAT BERPAKAIN KESEKOLAH.MUNKIN ADA JUGA SEGELINTIR YANG TIDAK MEMATUHINYA SEBAGAIMANA SEGELINTIR MEREKA YANG MELANGGAR DISIPLIN SEKOLAH.TAPI SAYA RASA PERKARA INI TIDAK AKAN MERUGIKAN PIHAK SEKOLAH DAN NEGARA WALAU SEDIKIT PUN.NEGARA JUGA TIDAK AKAN PINCANG OLEH KERANA MASALAH YANG SEKECIL INI.APA YANG PENTING BAGI SAYA DAN PARA IBU BAPA ADALAH KAMI TIDAK AKAN MERASA BIMBANG LAGI WAKTU HABIS SEKOLAH KERANA KAMI DAPAT MENGHUBUNGI ANAK2 KAMI!!
TUAN,
SEKALI LAGI SAYA MINTA PIHAK TUAN SUPAYA MEMBENARKAN TELEFON BIMBIT DIBAWA KESEKOLAH DEMI KESELAMATAN ANAK2 KAMI.KAMI SAYANGKAN ANAK2 KAMI MELEBIHI DARI PIHAK TUAN DAN RAKAN2 TUAN YANG SAYANG KAN JAWATAN MASING.INGATLAH,TUAN DAN RAKAN2 TUAN BERADA DI ATAS ADALAH DI SEBABKAN KAMI DAN TUAN BESERTA RAKAN2 TUAN AKAN BERADA DI BAWAH PUN DISEBAB KAN OLEH KAMI.SAYA HARAP PIHAK TUAN AKAN PERTIMBANGKAN PERKARA INI DENGAN SEBAIK2 NYA DEMI RAKYAT YANG TERCINTA.
SEKIAN TERIMAKSIH
SALAM HORMAT DARIPADA SAYA.
RAKYAT PRIHATIN
"LIKE" JIKA SETUJU
saya menyokong anda
BalasPadam