Jumaat, 28 Februari 2014

Subhanallah..rahsia menyimpan janggut

Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikatyang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Unsur-unsur dan bentuk hormon testosteron

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.

Bagaimana Caranya?

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami.

Khamis, 27 Februari 2014

(Video) PRK N.25 Kajang : Herman Tino Pun Jadi Gila Kerana Anwar Beb... Kah Kah Kah !






Kalau lu orang nak tahu gua ni antara PEMINAT kepada Penyanyi Herman Tino ni beb, yang mana gua rasa SUARA beliau adalah antara yang TERBAIK dimasa POPULARITY beliau DIKEMUNCAK. Sekarang ni pun bila KLIK Video lagu beliau yang dikatakan Khas untuk Pengundi N.25 Kajang, rasanya Suara beliau masih lagi SEDAP untuk didengar. Cuma gua rasa ada kelainan nya pada PENAMPILAN beliau kali in iaitu seperti ORANG MENYIBUK TAK SEDAR DIRI... kah kah kah !.

Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?



Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya’rawi Rahimahullah Pada masa dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama’ muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya’rawi adalah di antara tokoh ulama’ Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut.

Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya’rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan seorang ulama’ suatu perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada masa-masa sebelumnya. Lalu, syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, “Aku akan mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah SAW?”. Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda SAW.

Selasa, 25 Februari 2014

Guinness Book of World Record: Juruterbang Wanita Pertama di Dunia Berpurdah

Kuasa media boleh menyembunyikan prestasinya, begitulah keadaan ummat Islam ketika ini. Mukmin yang soleh boleh menjadi tidak terkenal di mata orang ramai, namun sangat dikenali di kalangan makhluk langit, Insya Allah!




Kapten Shahnaz laghari adalah seorang juruterbang wanita pertama di dunia yang berpurdah ketika menjalankan tugas menerbangkan pesawat. Beliau mampu untuk mengendalikan kapal terbang secara solo dengan berpurdah penuh.


Beliau adalah pemegang rekod dunia "Guinness Book of World Record" sebagai pilot wanita pertama berpurdah penuh. Beliau juga merupakan muslimah pejuang hak asasi kemanusiaan di Pakistan yang memperjuangkan hak-hak wanita dan pernah bertanding dalam pilihan raya di Pakistan pada tahun 2012 sebagai wakil rakyat.

Selain menjawat sebagai pengurus Persatuan Pilot Wanita Pakistan, beliau juga menjalankan khidmat masyarakat dengan membuka pusat pendidikan percuma dan pusat latihan menjahit untuk kaum dhuafa Pakista .

Beliau turut aktif dalam menyertai program persatuan-persatuan komuniti Islam Pakistan. Semoga Allah SWT melimpahkan kekuatan baginya untuk istiqomah di jalan perjuangan dan meraih kejayaan Islam, aamiin yaa Robb.
















Khamis, 20 Februari 2014

APA HAL BRO??..HINA NAJIB TAK BOLEH HINA RASULULLAH HARUS?/

Menarik untuk disebarkan..


Bila Teresa Kok "menghina" PM Najib, serentak segerombolan NGO UMNO mencari ayam untuk disembelih atas foto Teresa, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Mengapa mereka bertiga dilumur darah? Kerana mereka Cina dan DAP.

Tetapi bila Kasim Ahmad membawa pemikiran sesatnya di pejabat Mahathir dan Mahathir rasmikannya, tiada seekor pun ayam disembelih dan tiada setitikpun darah ayam atas foto Kasim dan Mahathir.

Mengapa mereka berdua terselamat dari darah ayam? Kerana mereka UMNO dan Melayu.

Teresa, LKS dan LGE tidak hina Islam, tidak hina ulamak tetapi "menghentam dan kritik" kerajaan dan PMNajib.

Kasim Ahmad menghina Islam, Rasulullah dan ulamak serta Mahathir tukang promosi dan dokong.

Bagi NGO UMNO seperti Persatuan Pengguna Islam, PERKASA, PEKIDA menghina Najib lebih "besar dosa" dari menghina Islam dan Rasulullah.

Tiada "seekor" pun pimpinan NGO ini bersuara tentang kesesatan Kasim.

Semua menikus takut "kemurkaan" Mahathir!

Tiada setitik darah gugur di...... " mari kita tegakkan kebenaran atas landasan Islam, bukan yg lain.

Selasa, 11 Februari 2014

Keajaiban Manusia di Akhir Zaman

Sesungguhnya keajaiban manusia di akhir zaman ini sangat ramai. Kita kurang peka kerana kita melihat dunia ini aman. Namun, bila kita amati dengan baik, kita akan mencari pelbagai keajaiban dan keanehan dalam kehidupan manusia akhir zaman dan hampir dalam semua garis kehidupan. Keajaiban yang kita maksudkan di sini bukan berkaitan dengan persitiwa alam seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya, atau kejadian yang pelik tetapi melainkan pola fikiran manusia yang paradoks yang berkembang di akhir zaman ini.
Berikut ini adalah sebahagian kecil dari fikiran paradoks yang berkembang akhir-akhir ini dalam masyarakat kita. Lebih ajaib lagi, fikiran paradoks tersebut dimiliki pula oleh sebahagian umat Islam dan para tokoh mereka. Di antaranya: