Sabtu, 20 Julai 2013

PANAS !!! Wang ehsan di Terengganu hanya untuk orang UMNO???


Di bulan ramadhan yg mulia ini umat islam berebut rebut untuk melakukan kebaikan dan kerja kerja amal.
Tetapi sebalik nya berlaku kepada pemimpin pemimpin umno di negeri terengganu.

Semua rakyat terengganu tahu,duit ehsan ada lah hasil duit royalti minyak yang tidak di berikan kepada negeri terengganu.Tetapi puak puak umno menganggap duit royalti minyak sebagai duit mak bapak dia orang

Buktinya di dun rhu rendang,marang.Duit ehsan hanya di berikan hanya kepada orang2 umno sahaja.Tidak kah puak puak umno ini di bulan ramadhan yang mulia ini mempunyai 'perut pedal' kerana tidak kasihan kepada orang miskin yang amat memerlukn duit ehsan itu untuk menampung perbelanjaan di bulan ramadhan ini?? Sedang kan orang2 miskin itu juga merupakan rakyat terengganu?

Jumaat, 19 Julai 2013

TANGISAN YANG DIKASIHI ALLAH

Dalam dunia ini ramai orang yang menangis, akan tetapi sedikit sekali yang didapati orang yang menangis kerana takutkan Allah, menangis kerana mengenangkan hari Akhirat, menangis kerana gerunkan Neraka Allah dan rindukan Syurga Allah. Apa yang kita dapati kebanyakan manusia hari ini menangis kerana hal-hal lain yang bersangkutan dengan kepentingan duniawi semata-mata umpamanya menangis kerana tidak tahan dengan penderitaan hidup, menangis kerana kemiskinan, kesusahan, kesakitan, kehilangan orang yang dikasihi, gagal dalam peperiksaan, kecewa dalam percintaan, putus tunang, dicaci maki dan tidak kurang juga ada yang menangis kerana tersinggung atau kecil hati dengan tingkah laku seseorang.



Ada juga yang menangis kerana suaminya kahwin lagi dan tidak kurang juga ada yang menangis kerana kurang mendapat perhatian serta kasih sayang dari orang yang disayangi. Alangkah ruginya air mata yang dicurahkan ke bumi, sedangkan tiada nilai sedikit pun di sisi Allah. Malang sungguh bagi mereka yang menangis kerana hal lain, bukan kerana Allah, hidupnya menderita dan setiap tangisannya membawa kehancuran. Tidak kurang juga ada yang sanggup mengambil jalan singkat setelah puas menangis mengenangkan nasib diri iaitu dengan membunuh diri atau melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan syariat.

“Al Aqsa hanya akan bebas oleh Ahlussunah, bukan Syiah” Syeikh Dr. Wael Alzard




Ramai yang menyangkakan bahawa Iran dan Syiah adalah golongan utama dalam membebaskan Palestin dinafikan oleh seorang Doktor dalam ilmu hadis dari Gaza, Syeikh Dr. Wael Alzard. 

Menurutnya, pembebasan masjidil Al Aqsa hanya dapat dilakukan oleh Ahlussunah wal jama'ah.

"Kami memegang prinsip sebagaimana disunnahkan oleh Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam dan para sahabat bahawa yang boleh membebaskan masjid Al Aqsa adalah Ahlussunah, itu sama sekali tidak ada keraguan," katanya kepada Islampos.com, Rabu (17/7/2013) di Masjid Darussalam Indonesia.